berita

Nak Hidup Selesa Lepas Bersara? Jangan Usik Duit KWSP. Simpan Dulu, Baru Belanja!

October 31st, 2023 | by Syamirul
Kini Trending

Korang perasan tak yang isu persiapan untuk bersara ni selalu dapat perhatian banyak pihak?

Selalu kita dengar orang akan cakap macam ni kan?

“Kalau nak bersara dengan selesa, kenalah simpan duit dari sekarang!”

Korang pernah tak terfikir, duit simpanan kita ni cukup ke tak sebenarnya eh? Rasanya dah bertahun-tahun kerja keras ni? Hemmm!

Patut ke letak simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)?

Min perasan masih ada lagi orang yang ambil mudah bab-bab kewangan ni tau.

Mungkin sekarang ni kita tak nampak apa yang akan berlaku 20 tahun akan datang ataupun bila anak-anak sudah semakin besar betul tak?

“Nak hidup dengan selesa kena pandai urus perbelanjaan” – Saniah Binti Md Sa’at, 41

Menurut Saniah, zaman sekarang ni semua orang kena fikir tentang masa depan atau hari tua nanti. Kita tak akan tahu apa yang akan terjadi kelak.

Seperti yang kita semua tahu, KWSP merupakan satu skim yang dilancarkan oleh Kerajaan untuk membantu kita menyimpan duit simpanan untuk hari tua.

“Bagi mereka yang tinggal di bandar, sudah semestinya memerlukan suatu komitmen yang tinggi dan perbelanjaan yang besar, jadi lebih baik kita beringat sebelum terlambat” – Saniah Sa’at

Jadi lebih baik kita sediakan payung sebelum hujan!

Korang pernah ke keluarkan duit simpanan KWSP sebelum ni? Kalau macam min tak pernah lagi lah.

“Lebihkan kehendak dari keperluan” – Azizan Azmi, 30

“Mulanya saya keluarkan duit simpanan KWSP untuk kelangsungan hidup ketika pandemik, lama-kelamaan saya belanjakan hanya untuk puaskan kehendak saya dari keperluan” – Azizan Azmi

Menurutnya RM10,000, yang dikeluar lesap begitu saja demi memuaskan diri sendiri. Pada awalnya, hanya nak langsaikan hutang dan teruskan hidup tapi semua itu hangat-hangat tahi ayam!

“Bila difikirkan balik saya memang menyesal” – Azizan Azmi

Sebenarnya, banyak kelebihan KWSP yang kita boleh manfaatkan macam pulangan dividen yang terjamin dan mampu beranakkan duit kita dari tahun ke tahun.

Sementara kita masih muda ni lebih baik kita fokus untuk menyimpan untuk kegunaan hari tua. Bak kata orang tua sikit-sikit, lama-lama jadi bukit!

Segalanya perlukan pengorbanan!

“Fikirlah masa depan, sebelum ianya terlambat” – Wafy Sabarudin, 26

Kita bukanlah tuhan yang mampu meramal masa depan, jadi apa yang kita boleh buat ialah rancang sebelum ianya terlambat.

“Nak simpan sendiri memang susah, lebih baik menyimpan di KWSP sebagai contoh kita buat potongan RM300 sebulan, dalam masa 30 tahun akan datang kita dah ada RM180,000 belum termasuk dividen yang kita peroleh lagi, ni lah duit yang kita boleh guna bila bersara nanti” – Wafy

Untuk mereka yang baru nak mula bekerja, memang sangat digalakkan untuk menyimpan dan jangan sesekali terfikir untuk keluarkannya sebab tujuan korang simpan di KWSP ialah untuk kegunaan hari tua bukan muda.

“Bunga melati berwarna merah,
Mekar indah di atas papan,
Jangan berhenti, jangan menyerah,
Masa depan secerah harapan.”

KWSP komited untuk bantu menjamin masa depan persaraan!

Bagi min KWSP memang dah all-out, untuk bagitahu kita semua betapa pentingnya simpanan hari tua ni.

Memang betul duit KWSP ni duit kita tapi korang rasa berbaloi ke kalau nak keluarkan sekarang? Kalau tanya min lah kan, min memang akan biar kan duit tu beranak dan belanjakannya bila tiba waktu yang sesuai.

Keinginan untuk mempunyai kehidupan yang selesa dan terjamin memang merupakan impian semua orang bila dah bersara nanti betul tak?

Haaa…Untuk merealisasikan impian ni, korang kenalah bertindak dari awal dengan merancang dana persaraan yang mencukupi bagi menampung kehidupan selepas bersara. Yelah, masa tu kita dah tua dan kudrat kita tak sekuat sekarang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MK K-CLIQUE (@hairiwhuut)

Sekarang ni min tengok, ramai yang nak keluarkan duit simpanan KWSP tanpa menghiraukan apa akan terjadi bila dah bersara nanti. 

Korang tau tak yang simpanan tersebut adalah untuk menjamin masa depan pencarum bila dah bersara?

Penting sangat ke KWSP ni? Ya, KWSP memang sangat penting dalam perancangan persaraan korang tau. Ia merupakan satu pelaburan yang selamat dengan jaminan dividen tahunan yang terjamin.

Siapa je boleh mencarum?

Korang mesti ingat yang KWSP hanyalah untuk mereka yang mempunyai majikan je kan? Haaa…Sebenarnya tak tepat!

Semua orang boleh menyimpan di KWSP tak kisahlah korang seorang pekerja dalam sektor ekonomi, ahli bisnis, pemandu e-hailing, peniaga runcit atau seorang suri rumah.

Sis Elya siap pesan untuk ‘Simpan Baik-Baik’!

KWSP memang sentiasa komited untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya menyimpan dengan mereka tau.

Dengan kempen “Simpan Baik-Baik” ni, kita semua dah boleh mula menyimpan SEKARANG untuk kegunaan hari tua nanti. 

Jangan risau, duit korang tak kan pernah berkurangan malah makin bertambah lagi ada lah.

“Ku renung bulan di malam sepi,
Walau cahayanya bergemerlapan,
Situlah objektif KWSP,
Perancang kewangan masa hadapan.”

Untuk memudahkan lagi korang menyemak baki caruman dan simpanan di KWSP, muat turun je aplikasi KWSP i-Akaun di App Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery.

Korang juga boleh layari laman web rasmi KWSP untuk maklumat lanjut.

SKIP THIS AD ×