Sekadar gambar hiasan
Hanya kerana mahu tinggal bersama perempuan simpanannya, seorang suami didakwa sengaja memalsukan kematiannya. Perkara tersebut didedahkan oleh si isteri menerusi perkongsian video di TikTok.
Suami palsukan kematian
Bercerita kembali mengenai pengalaman tersebut, wanita yang dikenali sebagai Anessa Rossii mendakwa suaminya, Tim telah membunuh diri lima bulan selepas mereka tidak lagi tinggal sebumbung. Namun siapa sangka, beberapa bulan kemudian. Rossii dimaklumkan bahawa suaminya masih hidup dan lebih mengejutkan apabila mendapati lelaki itu kini tinggal bersama perempuan simpanannya di Mexico. Menurut Rossii, hubungan antara suaminya dengan kekasih gelapnya itu sudah terjalin sejak enam tahun yang lalu.
Bercerita dengan lebih lanjut, Rossii mendakwa dia tidak hadir ke ‘pengebumian’ suaminya sebelum ini kerana tidak dibenarkan oleh keluarga mertuanya kerana kematian itu dianggap sangat traumatik lebih-lebih lagi mereka ketika itu dalam proses perceraian.
Bagaimanapun, Tim tampil menafikan dakwaan dia telah memalsukan kematiannya sendiri. Tin menyifatkan itu satu tuduhan yang tidak masuk akal.
Saya diminta untuk berpisah kerana kami berada di Miami dan kononnya ibunya koma selama berbulan-bulan.
Dalam kesempatan itu, Tim turut menafikan dia mempunyai perempuan simpanan.
Sumber: Daily Star