berita

‘Nak Jadi Artis Tersohor Kononnya’ – Shuib Karang Luahan ‘Deep’ Untuk Jep

March 12th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Persahabatan antara Shuib dan Jep telah terjalin selama berbelas tahun sejak mereka bekerja sebagai pekerja bagasi di sebuah lapang terbang. Menerusi Instagram Shuib, dia meluahkan rasa bersyukur kerana dikurniakan teman baik seperti Jep kerana walau mereka pernah menempuhi zaman susah dan pernah bergaduh, namun tali persahabatan mereka tetap utuh.

Nama Shuib dia yang bagi lekat sampai sekarang

View this post on Instagram

Kenal hampir belasan tahun,dr kami hanya punya cita2 utk semua yg ada skrg,cita2 nak jadi artis tersohor kononnya…😂,Semuanya terjadi dlm sekelip mata.. Semuanya dgn izin Allah swt.Dari kenal masa Audition di Hotel Selesa Johor Bharu,nama “Shuib” dia yg bg dan lekat smpi skrg.. Dia kata nama tu sesuai utk aku…Lalu susah sama2,keje tmpt yg sama,pagi2 jaga conveyor beg seawal 5.30 pagi,tgk cabin crew tarik beg naik kapal,,,putih mata sbb hanya mampu cakap “hi” 😂… Masih pegang cita2 dan impian yg sama,panjat audition sana sini lebih dr lima!!! Semua tak percaya dan tak pernah percaya yg dua budak ni akan pegi KL dan menetap di KL… Rezeki tak salah alamat,dia smpi mesti smpi,2009 naik KL dan semuanya bermula dan dipendekkan cerita sekarang dua2 dah kawin,aku anak 3 dan dia dah kawin dan ade anak jugak…Terlalu byk perkara yg dikongsi bersama,,, Dan yg paling MAHAL adalah persahabatan yg semakin matang dr byk sudut!!! Terima kasih Allah pertemukan dgn insan hebat ini @jepsepahtu ,,, jarang nak menulis panjang2 sebenarnya, tp gambar ini seakan “sesuatu”…Sesuatu yg pastinya adalah hukum alam… Pasti dan pasti tp tak tau siapa… Tp yg pasti dan pasti,,, siapa pon antara kita pergi dahulu,kenangan kita,susah senang,gelak tawa,bertekak bergaduh,jatuh bangun adalah kenangan terindah sepanjang perkenalan indah ini… SAHABAT DUNIA AKHIRAT INSYAALLAH,,, “SEPAHTU…. DUA YG MENYATU” . . #persuibofhappyness #sepahtu

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on

Shuib menyatakan bahawa selama belasan tahun mengenali Jep, pelbagai cabaran dan dugaan telah dilalui bersama. Angan-angan ingin menjadi artis tersohor sebelum ini menjadi kenyataan apabila mereka berdua kini menjadi pelawak popular tanah air.

Pernah bekerja sebagai staf pengangkat bagasi

Pernah bekerja bersama sebagai seorang pengangkat bagasi di lapangan terbang, sikap tidak pernah putus asa mereka wajar dicontohi kerana walaupun lebih lima kali gagal dalam uji bakat, akhirnya mereka berjaya sampai ke tahap tertinggi.

Sahabat dunia akhirat

Kini, mereka berdua telah berjaya mengukir nama di dalam industri seni serta telah berkahwin dan dikurniakan cahaya mata namun tali persahabatan antara mereka tidak perah putus malas semakin kuat dan matang. Shuib meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan sahabat seperti Jep dan menganggap Jep sebagai sahabat dunia dan akhiratnya.

Komen balas Jep

Sumber: Shuib

The following two tabs change content below.