berita

‘Nak Jimat Punya Pasal, Nyawa Haiwan Dipertaruhkan’ – Doktor ‘Pening’ Lelaki Vaksin DIY Kucing

May 13th, 2019 | by faris
Isu & Kontroversi

Pelbagai kaedah atau trick untuk membuat banyak benda sendiri (do-it-yourself atau DIY) dikongsikan netizen di laman sosial. Ada yang membuat DIY perkakas rumah, barangan kegunaan seharian malahan troli IKEA pun dah boleh buat sendiri!

Namun, tidak semuanya boleh dilakukan sendiri apatah lagi membabitkan kesihatan tubuh badan manusia ataupun haiwan. Tanpa seliaan mereka yang pakar, kesihatan boleh terjejas. Seorang doktor haiwan berkongsi risiko yang mungkin dihadapi apa seorang lelaki membuat keputusan mencucuk sendiri kucingnya dengan ubat buatan sendiri.

Vaksin kucing DIY untuk jimat kos

Seorang pengguna Facebook bertanya ahli Kelab Pencinta Kucing Malaysia di laman sosial itu cara bagi membuat sendiri vaksin untuk kucing. Perkara itu dilakukan menurutnya untuk menjimatkan kos vaksin dan dikatakan satu perkara mudah dilakukan.

Di bahagian komen, individu itu meninggalkan komen dia sudah berjaya menyuntik ubat cacing, kutu dan kurap dan berhajat mahu upgrade ke tahap seterusnya.

Kucing didakwa lagi sihat

Ada pengguna lain yang menasihatkan supaya tidak memandai-mandai berbuat demikian kerana ada yang lebih pakar menanganinya seperti doktor haiwan bertauliah. Walaubagaimanapun, komen berkenaan disangkal pembuat vaksin DIY terbabit yang mendakwa kucingnya bertambah sihat setelah disuntik.

Dapat perhatian doktor haiwan

Doktor haiwan Salehatulkhuzaimah kemudiannya memberi komen berkenaan hal itu. Katanya, jika vaksin untuk haiwan boleh dibuat sendiri, fakulti perubatan boleh ditutup di seluruh dunia.

‘Hebatnya kamu, yakinnya kamu’

Nak jimat punya pasal, nyawa haiwan dipertaruhkan

Sumber: Salehatulkhuzaimah

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×