berita

Nak Ke Genting SkyWorlds Theme Park Cuti Sekolah Ni? Baca Tips Ni Dulu! Ada Diskaun Juga Tau!

February 28th, 2022 | by Azyan
Kini Trending

Masa yang dinanti-nantikan telah pun tiba! Genting SkyWorlds kini dibuka kepada pengunjung! Peminat-peminat extreme park mesti dah tak sabar nak try semua ride yang ada ketika soft opening ni kan? Bila korang main game dekat sini, korang mesti tak sangka yang korang berada di Malaysia.

Ride-ride yang tip-top dengan cuaca yang sejuk memang rasa dekat luar negara. Memang wajib pergilah! Ha jom baca dulu tips sebelum korang ke Genting SkyWorlds, confirm mesti korang akan balik dengan perasaan yang sangat puas hati.

1.Beli tiket korang terlebih dahulu, confirm ada slot!

Theme park ni masih lagi dalam tempoh soft-opening jadi, kapasiti yang dibenarkan juga agak terhad. Nak selamat, baik korang beli tiket secara online via laman web rasmi Genting SkyWorlds atau melalui aplikasi Genting SkyWorlds.

Kalau tak sedih weh, datang jauh-jauh tapi tak dapat masuk ha kan dah kecewa.

Beli sekarang ada 20% diskaun tau!

Dalam tempoh masa soft-opening ni Genting SkyWorlds kasi diskaun sebanyak 20% dekat pengunjung yang hadir. Korang boleh rujuk senarai dibawah:

Dewasa (110cm ke atas): RM151 (Harga biasa: RM189)

Kanak-kanak (90cm to 110cm) / Warga emas berumur 60 tahun keatas / Kurang Upaya: RM128 (Harga biasa: RM161)

Kanak-kanak (dibawah 90cm): Percuma!

Orang Pahang paling best weh, ada special rate untuk korang!

Paling best orang Pahang yang kad pengenalan berkod 06, 32 dan 33 tu. Korang boleh dapat harga istimewa iaitu sehingga 40% weh. Lebih dari yang atas tadi wah wahhh rugi tak pergi! Tapi hanya satu tiket je boleh ya untuk setiap kad pengenalan. Jom rujuk harga penuh dibawah:

Dewasa (110cm keatas): RM113 (Harga biasa: RM189)

Kanak-kanak (90cm to 110cm) / Warga emas berumur 60 tahun keatas / Kurang Upaya: RM96 ( Harga biasa RM161)

Kanak-kanak (dibawah 90cm): Percuma!

Genting SkyWorlds juga ada sediakan pelbagai pakej combo yang meliputi Awana SkyWay dan juga Skytropolis Indoor Theme Park! Lagi best indoor dengan outdoor sekali jalan! Korang boleh tengok pakej ni dengan lebih lanjut di Resorts World Genting Online Reservation (rwgenting.com)

2. Muat turun aplikasi Genting SkyWorlds! Boleh book slot ride tau!

Ha bukan sahaja untuk beli tiket je, aplikasi Genting SkyWorlds ni sangat-sangat membantu bila korang dalam theme park tu (percayalah cakap admin, admin dah pergi ;) )

Kegunaan lain apps ini ialah:

  • Pre-book masa yang korang nak untuk ride atau tarikan di dalam taman tema tersebut.
  • Boleh create group dan add kawan-kawan korang terus tau. Jadi, ketua group boleh terus book je ride mana yang korang nak dan automatik satu group dah dibook. Tak payah lari-lari dah.
  • Boleh tengok itinerari yang disyorkan mengikut pilihan peribadi korang.
  • Ada servis Photo+ yang membolehkan korang download gambar yang diambil ketika korang main ride tu.
  • Korang akan dapat notifikasi untuk booking-booking tersebut juga supaya korang tak terlupa dan banyak lagi kegunaan apps ni!

Korang boleh download terus di link dibawah:

3. Sebelum pergi, plan dulu. Ada banyak cara untuk ke Genting!

Jangan risau, yang penting korang plan dulu betul-betul. Nak naik cable car ke, nak naik bas atau kereta. Tapi best kalau naik Awana SkyWay Cable Car ni korang boleh nampak dari atas view Genting SkyWorlds ni weh. Excited dia lain macam!

4. OOTD jangan lupa tapi pastikan outfit korang tu selesa ok!

Untuk pengalaman yang lagi best dan selesa, kami nasihatkan korang pakai kasut yang bertutup dan selesa. Macam sport shoes atau walking shoes. Sebab Genting SkyWorlds ni besar guys! Bawa cardigan atau jacket sebab cuaca kan tak menentu, boleh jadi agak sejuk tau dekat atas tu.

Ada sesetengah rides tu yang melibatkan air so nak selamat? Bawak extra t-shirt. Jangan risau, barang banyak-banyak ni boleh letak dekat loker yang disediakan! Tapi, seperti Taman Tema yang lain, makanan dan minuman luar tak dibenarkan ya.

5. Semuanya cashless!

Kalau korang ada Resorts World Genting Mobile app tu boleh siap-siap top-up duit dalam tu. Nak dapatkan GeMCard directly pun boleh sebab ada mesin yang disediakan dalam Genting SkyWorlds. 

Antara cara pembayaran lain yang ada ialah Credit/Debit Card, QR Pay atau E-wallets seperti T’nG, Alipay, WeChat, Maybank, Grab Pay & Boost Pay.

6. Safety first! Lengkap 2 vaksinasi baru boleh masuk!

Perkara yang paaaaaaling dititikberatkan di Taman Tema ni ialah keselamatan pengunjung!

Pengunjung yang datang mestilah telah mendapat 2 dos vaksin. Untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah yang belum divaksin boleh memasuki taman tema tersebut dengan syarat mereka bersama dengan penjaga yang telah lengkap 2 dos vaksin.

Pengunjung yang hadir diminta untuk sentiasa memakai pelitup muka, scan MySejahtera dan sentiasa menjaga jarak.

7.Tips terakhir?Have fun!!

Genting SkyWorlds yang dibina 6,000 kaki dari aras laut ni menjanjikan pengalaman yang tak akan korang lupa punya! Taman Teman ini dibina berinspirasikan daripada taman tema dunia tau. Di Malaysia kini ada taman tema bertaraf dunia!

Jadi, korang kena have fun kaw-kaw dekat sini. Jerit lah sepuas hati dekat atas rides tu. Lega habis! Walaupun tak semua ride dah dibuka tapi percayalah, yang ada ni pun tak cukup tenaga weh! Banyak betul ride lain dan tarikan yang ada!

Jangan lepaskan peluang keemasan ni!

Apa lagi guys, masa cuti sekolah ni lah masa paling perfect untuk korang bawa anak-anak ke Taman Tema ni. Biar mereka rasa sendiri adrenaline rush tu. Jangan takut, permainan kanak-kanak pun best gila dekat sini! Orang dewasa pun jadi excited nak main. Sangat-sangat berbaloi!

Berikan diri korang sendiri pengalaman yang paling bermakna cuti sekolah ni! Untuk maklumat lanjut boleh ke laman web Genting SkyWorlds di SINI!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×