berita

Nak Kehidupan Yang Sihat & Berkualiti? Penulen Air Terbaru SK magic Ni Boleh Beri Manfaat Untuk Korang!

July 6th, 2021 | by Syakilla Marzuki
Shout Out!

SK magic, jenama kelengkapan rumah terkemuka di Korea Selatan, baru-baru ini telah melancarkan satu model baharu penulen air mereka di Malaysia iaitu JIKSOO Ria. Jadi, musim-musim korang semua tengah duduk rumah ketika pandemik ni kan, elok lah kalau korang menitikberatkan kualiti air minuman tu.

Banyak juga kelebihan yang ada pada JIKSOO Ria ni yang mungkin korang tak tahu kan? Salah satunya adalah ia merupakan penulen air tanpa tangki yang dilengkapi dengan sistem penapisan nanotek.

Dengan ciri tanpa tangki ini dapat mengelakkan air bertakung dimana ia akan mengundang kepada pembiakan bakteria dan alga. Eeew! Mesti korang pun taknak minum air yang keruh dan tak elok kan? Jadi, dengan JIKSOO Ria, korang boleh menghasilkan air yang bersih, dan penuh mineral dengan sekelip mata. Hebatnya!

JIKSOO RIA ni juga diperkenalkan untuk semua rakyat Malaysia yang inginkan kehidupan yang sihat dan berkualiti. Selain itu, harga yang ditawarkan pun memang mampu milik. Ha..nak tau apa lagi yang menarik tentang penulen air ni? Jom tengok!

Sistem penapisan teknologi nano & pensterilan UV tab air

Untuk pengetahuan korang, penulen air JIKSOO Ria ini didatangkan dengan sistem penapisan teknologi nano yang inovatif serta mempunyai sistem pensterilan UV tab air tau!

Ia direka khas bagi menapis virus, bakteria, mikroplastik dan logam berat,di samping membolehkan mineral-mineral penting kekal untuk keperluan tubuh badan.

Macam yang korang tahu, mikroplastik yang tertelan oleh manusia dapat melapisi permukaan saluran pencernaan, masuk ke dalam darah, dan tersebar ke berbagai organ tubuh. Jadi, kalau boleh taknak lah perkara macam tu berlaku sebab nanti akan menjejaskan tubuh badan kita. 

Bukan tu saja, JIKSOO Ria juga dibuat bagi memastikan korang semua dapat mengutamakan kesihatan dan menjaga diri dengan menjadikan minuman air bersih satu amalan yang mampu dimiliki.

Mempunyai sistem pemanasan & penyejukan segera

Apa yang best lagi tentang JIKSOO Ria ni adalah kerana ia tersedia dengan air yang ditapis dalam tiga tetapan suhu iaitu sejuk, suhu persekitaran dan panas menerusi sistem pemanasan dan penyejukan segera yang canggih. 

Ia selamat digunakan untuk kanak-kanak dan juga mempunyai butang sentuh yang sangat mesra pengguna. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan panel paparan yang direka secara estetik. Menarik kan?

Reka bentuk yang minimalis

Selain itu, penulen air JIKSOO Ria ini juga mempunyai reka bentuk yang anggun dan sangatlah minimalis. 

Bukan saja boleh dipadankan dengan ruang kehidupan bandar yang sempit, tetapi juga tampil sebagai sebahagian daripada hiasan rumah. 

Penggunaan tenaga yang jauh lebih rendah

Penapis air tanpa tangki teknologi JIKSOO daripada SK magic juga menampilkan penggunaan tenaga yang jauh lebih rendah, dimana JIKSOO Ria ini hanya menggunakan 730Wh sahaja setiap hari.

Jadi, dengan harga sehingga 16 sen setiap hari dan RM5 sebulan untuk bil elektrik, memang jimat sangat lah kan?

Harga yang mampu milik!

SK magic percaya bahawa bahawa air minuman yang bersih dan segar bukanlah barangan mewah, ia seharusnya mudah diakses oleh semua rakyat Malaysia. Oleh itu, dengan model terbaru JIKSOO Ria ini dijual pada harga RM3,800 sahaja, antara yang termurah korang boleh dapat di Malaysia.

Untuk menjadikannya lebih mampu milik, JIKSOO Ria juga ditawarkan dalam bentuk sewaan sehingga 7 tahun tau, iaitu dengan promosi dari serendah RM75/bulan.

Dapatkan penulen air JIKSOO Ria dengan harga mampu milik di pasaran sekarang!

Korang tunggu apa lagi tu? Jangan lupa tau dapatkan penapis air JIKSOO Ria ni di pasaran sekarang! Jom kita membudayakan gaya hidup sihat menerusi air minuman yang bersih lagi segar. 

Untuk maklumat lanjut mengenai penulen air keluaran SK magic ni, korang boleh layari laman web INI.

SKIP THIS AD ×