Memiliki bentuk tubuh yang ‘slim’ sememangnya menjadi impian ramai. Walaupun kebiasaannya ia memerlukan gabungan senaman konsisten, pemakanan seimbang dan rutin penjagaan diri yang baik, terdapat juga beberapa cara mudah yang boleh membantu mempercepatkan proses mendapatkan perut yang lebih kempis.

Artikel Berkaitan: Petugas Kesihatan Mengucap Panjang, Budak 7 Tahun Ketagih Manis – ‘Datang Klinik Biru Muka, Rupanya Setiap Hari Kunyah 5 Sudu Gula’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Disahkan Hidap Diabetes Selepas Derita SLE, Pempengaruh Luah Rasa Sedih – ’24 Tahun Tak Minum Manis, Macam Mana Saya Nak Nikmati Hidup?

Bakar lebih banyak kalori

Menurut Hello Doktor, langkah pertama untuk mengurangkan lemak adalah dengan membakar lebih banyak kalori daripada yang diambil. Contohnya melalui ‘intermittent fasting’ (IF) atau lakukan senaman.

Untuk kempiskan perut, sasarkan pengurangan 500-1,000 kalori sehari supaya boleh hilang 0.5-1 kg seminggu.

Pengambilan garam yang tinggi boleh menyebabkan retensi air, sekali gus membuatkan perut kelihatan lebih buncit. Elakkan makanan seperti mi segera, snek masin dan makanan diproses. Hadkan garam kepada kurang daripada 2,300 mg sehari bersamaan kurang daripada satu sudu teh.

Selain itu, serat membuatkan rasa kenyang lebih lama dan mebantu sistem pencernaan berfungsi dengan baik. Justeru, tambahkan kekacang, brokoli, epal, dan roti berserat dalam diet harian.

Tingkatkan aktiviti harian

Minum air secukupnya turut membantu mengempiskan perut dan mencernakan serat berlebihan. Jika kurang gemarkan air kosong, tambah sedikit hirisan lemon, oren, atau strawberi.

Selain bersenam, tingkatkan juga pergerakan harian anda. Aktiviti seperti naik turun tangga, berjalan lebih jauh dan melakukan regangan ringkas turut membantu dalam usaha mengempiskan perut.

Di samping itu, elakkan mengambil minuman manis dan minuman tenaga kerana mengandungi kandungan kalori yang tinggi dan ianya mudah bertukar menjadi lemak.

Tip terkahir adalah melakukan aktiviti yang menenangkan seperti mendengar lagu, membaca, bersukan, atau bersiar-siar. Ianya membantu mengurangkan stres yang berupaya meningkatkan hormon kortisol dan selera makan, sekaligus mencegah perut menjadi buncit.

Sumber: Hello Doktor