Setiap orang tak kira lelaki, perempuan, tua atau muda semuanya nak kan kulit yang sihat dan cantik. Lagi elok kalau kulit tu nampak sihat secara semula jadi!. Tekstur kulit yang sering menjadi idaman selalunya bebas jerawat, lembap, anjal, pori yang lebih kecil dan tona lebih sekata. Kalau dapat kulit glowing tu memang extra point! Antara cara paling selalu orang cadangkan untuk dapat kulit cantik ialah dengan melakukan rutin penjagaan kulit yang betul.
Tapi sebenarnya ada juga beberapa perkara tambahan yang korang boleh buat untuk dapatkan perubahan yang lebih pantas di samping dapat nasihat daripada pakar. Kami senaraikan di bawah, beberapa klinik dermatologi milik Rakan Usahawan PUNB yang korang boleh cuba!
1- Dermalene Sdn Bhd
Dengan rating setinggi 4.9 di Google, Klinik milik Dr. Alina Hasni Mohamad Rashid ni antara klinik yang korang boleh cuba untuk mendapatkan rawatan berkaitan masalah jerawat, jeragat dan parut.
Apa yang bestnya ialah, klinik ni patut syariah serta tidak menggunakan suntikan seperti suntikan kecantikan dan lain-lain.
Lebih mesra dengan tagline ‘caring skin life partner’, klinik ini mempunyai tujuh cawangan di sekitar Lembah Klang, Kota Bharu, Kelantan dan Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru, Johor. Bagi mereka yang ingin dapatkan rawatan dan mengetahui mengenai promosi terkini mereka, boleh layari website atau akaun rasmi laman sosial Dermalene.
2. Anggun Medi-Klinik
Dimiliki oleh Dr Siti Maria Juwaini, Anggun Medi-Klinik ni menawarkan perkhidmatan rawatan untuk masalah kulit menggunakan teknologi terkini dan fokus pada rawatan yang berkesan dan selamat. Laser jeragat dan jerawat merupakan antara perkhidmatan yang ditawarkan di sini!
Klinik ini mendapat pengiktirafan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dikendalikan oleh doktor berpengalaman (LCP Certification, mempunyai pengiktirafan ISO 9001:2015 serta pernah menerima Anugerah ‘SME 100 Fast Growing Company 2019’.
Korang boleh kunjungi klinik Anggun Medi-Klinik ni di cawangan mereka yang terletak di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, Cyberjaya dan Seksyen 7, Shah Alam.
3. Hampshire Clinic
Klinik yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor dan Melawati, Kuala Lumpur ini menawarkan rawatan profesional menggunakan teknologi canggih dan lengkap dalam bidang perubatan dermatologi dan estetik, laser dan produk kosmeseutikal.
Dimiliki oleh Dr Nadia Elaiza Norisam bersama sekumpulan doktor yang berpengalaman dan berkelayakan dengan disokong oleh kakitangan professional.
Klinik ini merawat masalah jerawat, masalah parut jerawat, masalah jeragat/pigmentasi, masalah berat badan dan keguguran rambut.
Apa yang buatkan klinik ni lagi best ialah, mereka menawarkan penjagaan peribadi wanita dengan kos yang berpatutan! Korang yang berminat untuk tahu lebih lanjut boleh klik di SINI!
Lepas dah ke klinik-klinik ni pastikan kulit korang sentiasa dijaga rapi! Antara cara yang famous ialah:
Pakai pelindung matahari (sunscreen)!
Cahaya matahari penting untuk dapatkan Vitamin D secara semula jadi, namun terdedah pada matahari secara berterusan menyebabkan kulit kita menjadi gelap dan cepat tua. Sinaran UV-A adalah ‘photoaging’, yang menyebabkan kulit kasar, berkedut dan kering, UV-B pula menyebabkan kulit ‘sunburn’.
Pilih pelindung matahari yang memelihara UV-A & UV-B serta mempunyai SPF yang sesuai.
Kekalkan kelembapan kulit dengan hidrasi menggunakan produk yang betul
Selain dari melembap, pelembap juga membantu untuk melindungi dan bertindak sebagai pelincir pada kulit.Walaupun kelenjar sebum kita menghasilkan pelembap secara semula jadi, tapi semakin usia meningkat, kulit akan menjadi lebih kering.
Faktor terdedah kepada matahari juga akan membuatkan kulit kita memerlukan pelembap tambahan.
Pelembap menahan air di lapisan luar kulit supaya mengawal penghasilan sebum yang tidak normal (kulit berminyak atau kering).
Dapatkan tidur yang mencukupi
Nampak remeh dan mudah, tapi ramai yang terlepas pandang mengenai kepentingan tidur yang cukup. Istilah ‘beauty sleep’ tu sebenarnya betul tau guys. Memang penting untuk dapatkan wajah yang berseri-seri.
Bagi yang selalu tidur lambat atau tak cukup tidur, korang perasan tak kulit korang jadi lebih kusam, sembab serta tidak bermaya? Ha, korang sebenarnya kena dapatkan tidur yang mencukupi iaitu sekurang-kurangnya lapan jam sehari. Selain itu, sentiasa amalkan gaya hidup sihat sebagai pelengkap untuk mendapatkan kulit muda dan kekal sihat!
Mulakan rawatan wajah secepat mungkin
Bagi mengelakkan jerawat anda meninggalkan parut yang kekal (parut hitam dan berlekuk) dan masalah jeragat yang makin ketara dan makin sukar dikawal, dapatkan rawatan segera daripada doktor.
Penjagaan kulit yang baik dan berkala akan meningkatkan keyakinan dan potensi diri korang!
Korang yang ingin mendapatkan rawatan estetik boleh layari laman web Rakan Usahawan PUNB seperti artikel di atas untuk mengetahui jenis rawatan dan promosi terkini.
Layari www.punb.com.my atau akaun media sosial rasmi punb di @punbofficial