Hari Raya Aidiladha adalah sinonim dengan kisah Nabi Ibrahim yang sanggup mengorbankan anaknya demi perintah Allah. Kini, umat Islam di seluruh dunia meraikan Hari Raya Korban dengan menyembelih lembu, biri-biri, kambing sebagai tanda memperingati kisah Nabi Ibrahim.
Kemeriahan sambutan perayaan ini juga memberi peluang kepada kita untuk berkongsi kegembiraan dengan mengagihkan bantuan berbentuk makanan iaitu daging korban kepada golongan yang memerlukan.
Jom admin kongsi dengan korang tips yang boleh dilakukan jika kurang mampu untuk menjalankan ibadah korban.
3 alternatif yang korang boleh lakukan kalau kurang mampu untuk melaksanakan ibadah korban
Haa.. selalunya cakap pasal korban je mesti korang fikir kena ambil bahagian dengan menyumbang wang yang agak besar kan? Tapi macam mana dengan mereka yang kurang berkemampuan untuk melaksanakan ibadah korban?
Haa..jangan risau, kalau korang masih belum mampu, korang masih boleh lakukan beberapa perkara ini untuk gandakan ibadah korban:
1. Memperkemaskan diri dengan ilmu.
Bagi mereka yang kurang berkemampuan melaksanakan ibadah korban, korang boleh memperbaiki segala kelemahan dan menambahkan diri dengan ilmu mengenai ibadah ini dengan harapan untuk meningkatkan lagi usaha untuk kita mengumpul duit bagi melaksanakan ibadah korban pada masa akan datang.
2. Memperbanyakkan zikir dan amalan kebaikan yang lain.
Amalan-amalan kebaikan yang lain boleh dilaksanakan sebagai tanda ketaatan. Meskipun amalan kebaikan yang lain tidak sama dengan ibadah korban yang dilaksanakan, ia boleh menjadi satu dorongan untuk lebih mendidik kita untuk melaksanakan ibadah korban pada masa akan datang.
Yang paling penting, niat korang untuk melakukan kebaikan itu sudah cukup baik dan boleh dilaksanakan dalam pelbagai cara lain walaupun kurang berkemampuan dari segi kewangan!
3. Lengkapkan hari dengan sedekah korban.
Jika tidak mampu melaksanakan ibadah korban, lengkapilah hari-hari tasyrik tersebut dengan sedekah korban iaitu sedekah yang memberikan manfaat kepada mereka yang memerlukan!
Aman Palestin sentiasa membuka ruang untuk korang menyalurkan sedekah korban walaupun ia tidak seperti ibadah korban dituntut kerana tapi tetap memberikan manfaat kepada mereka yang menerima.
Berpengalaman 16 tahun dalam ibadah korban di bumi Anbia
Buat pengetahuan korang, Aman Palestin mempunyai 16 tahun pengalaman melaksanakan ibadah korban di bumi Anbia! Menariknya kali ini, kempen yang dilaksanakan memberikan ruang dan peluang kepada masyarakat untuk merasai pengalaman melakukan ibadah korban di luar negara terutamanya di Palestin, Syria, Yaman dan Lubnan.
Di samping itu juga, kempen ini membantu mereka yang ditindas untuk meneruskan hidup. Aman Palestin menyasarkan penyertaan yang lebih ramai dan capaian yang lebih berkesan berbanding tahun-tahun sebelum ini!
Untuk korang yang ingin mengambil bahagian dalam melakukan ibadah korban, ini antara pakej yang ditawarkan oleh Aman Palestin:
PALESTIN
1 bahagian lembu – RM2300
1 ekor kambing – RM2300
SYRIA
1 bahagian lembu – RM1900
1 ekor kambing – RM1900
YAMAN
1 ekor kambing – RM700
SEJUK BEKU
1 bahagian lembu – RM750
Program yang dijalankan ini bermula dari 19 Mei 2022, bagi korang yang berminat untuk menyumbang ke tabung Ibadah Korban Di Bumi Anbia, korang boleh mendaftar secara atas talian di sini.
Pelbagai tabung sumbangan juga disediakan untuk korang pilih dan untuk menderma, klik di SINI!
Untuk maklumat lanjut tentang kempen yang dilakukan, korang boleh layari Facebook, Twitter dan Instagram mereka.
Jom sama-sama kita hulurkan sedikit bantuan dengan harapan bantuan yang diterima dapat menggembirakan mereka di bumi Anbia.