
Di Indonesia, seorang lelaki berusia 28 tahun telah ditahan pihak polis selepas didakwa bertindak kejam dengan melacurkan isterinya kepada empat lelaki lain yang juga merupakan rakan baiknya. Malah apa yang lebih menjijikkan apabila suspek telah merakamkan perbuatan itu sebelum menyebarkan video tersebut gara-gara untuk melangsaikan hutang.
‘Aksi’ dirakam dan dijual
Disebabkan takut dipukul oleh suami, mangsa dengan terpaksa telah menuruti segala arahan dan permintaan lelaki-lelaki berkenaan. Lebih mengejutkan apabila segala perbuatan dan aksi mereka turut dirakam sebelum ditayangkan kepada rakan yang lain sebagai bahan bukti yang menunjukkan dia menawarkan khidmat seks dan rakan sekerja boleh melanggani isterinya itu.
Jual isteri kerana wang
Difahamkan juga, wang yang diberi oleh lelaki-lelaki yang ‘melanggan’ isterinya itu akan diambil oleh suspek tanpa memberi satu sen pun kepada mangsa. Si isteri turut memberitahu apabila suaminya itu tidak mampu untuk melangsaikan hutang maka dia akan menjual mangsa untuk mengaut keuntungan daripada bayaran yang diterima.
Sementara itu, secara keseluruhan polis mendapati suspek sudah lima kali melacurkan isterinya untuk mendapatkan wang, namun hanya kepada rakan yang dikenali.
Sumber: Tribun News