berita

Nak Langsaikan Hutang, Mak Jual Anak Dengan Harga RM21K

August 12th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Hanya kerana mahu melangsaikan hutang, seorang ibu di Rusia tergamak menjual anak lelakinya berusia tujuh tahun dengan harga £4,000 iaitu bersamaan RM21,730.

Jual anak dengar harga RM21k

Memetik laporan Daily Star, wanita berkenaan yang dikenali dengan nama Nargiza telah mengiklankan anaknya semata-mata mahu mengumpul wang untuk melangsaikan hutang. Suspek yang berusia 36 tahun itu kemudian mengatur pertemuan dengan pembeli di sebuah pusat membeli-belah.

Namun siapa sangka, perbuatannya ibu kepada tiga anak itu terbongkar selepas salah seorang daripada ahli sukarelawan amal anti perhambaan menyamar menjadi pembeli. Semasa di lokasi kejadian, individu terbabit bertemu dengan suspek dan lebih mengejutkan suspek memberitahu bahawa anak lelakinya itu tidak kisah dipindahkan kepada keluarga lain asalkan dibayar dengan sejumlah wang.

Menurut jurucakap badan amal terbabit, pada awalnya mereka menyangka itu hanyalah satu strategi penipuan yang digunakan Nargiza untuk mendapatkan wang, tetapi ternyata wanita terbabit benar-benar menjual anaknya.

Nargiza menerima wang itu dan memberikan kanak-kanak itu kepada orang yang tidak dikenalinya. Nargiza menjelaskan suaminya yang sekarang tidak menyukai anak sulungnya (anak bersama suami lama) dan mereka berpakat untuk menjual kanak-kanak itu untuk melangsaikan hutang.

Susulan daripada itu, suspek telah ditahan polis untuk siasatan selanjutnya.

Sumber: Daily Star

SKIP THIS AD ×