berita

Nak Makeup Kahwin Murah, Tawar Upah RM100, Alasan Dia Sebab Tetamu Tak Ramai!

March 18th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Forbes

Tidak dinafikan setiap individu yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan sudah pastinya mahukan majlis tersebut kelihatan sempurna. Bahkan, perancangan yang rapi telah dibuat berbulan sebelum majlis berlangsung bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar. Apa yang sering menjadi keutamaan dan dititik beratkan oleh pengantin perempuan adalah busana itu sendiri dan solekan (makeup) yang mampu menaikkan seri wajahnya pada hari tersebut.

Bagaimanapun, seperti perkongsian seorang jurusolek (makeup artist) dikenali sebagai Kenny Yee, di laman Facebook meluahkan rasa kecewa apabila bakal pelanggannya hanya memberikan bajet sebanyak RM100 sehingga RM200 bagi solekan dan dandanan rambut. Alasan yang diberikan membuatkan rata-rata netizen ‘geram’.

Hanya dihadiri 6 orang

Foto: Bridal UK

Menerusi tangkap layar perbualan Whatsapp tersebut, gadis itu memberikan alasan majlis tersebut hanya dilakukan secara kecil-kecilan dan dihadiri oleh enam orang sahaja. Terkejut dengan harga yang disifatkan sebagai tidak berbaloi, lelaki ini terus menjelaskan kos-kos lain yang perlu ditanggung oleh seorang jurusolek itu termasuk masa yang telah dikorbankan.

Jelasnya lagi, seseorang jurusolek itu perlu bangun seawal jam lima pagi dan perlu memandu untuk sampai ke rumah pengantin atau lokasi yang telah ditetapkan. Bahkan, dia juga perlu menanggung kos barang-barang solekan yang mahal dan boleh mencecah sehingga ribuan ribu ringgit.

Tolong hormati Makeup Artist ! Bahkan lukisan warna air atau alat seni kanak-kanak jauh lebih mahal daripada RM100. Tidak masuk akal! Dia nak ambil saya, tapi tak mahu bayar ikut saya punya caj (saya tidak mengenakan caj yang mahal)

Pada masa yang sama, jurusolek ini turut meluahkan rasa kesal kerana pelangganya seolah-olah ‘menghina’ kerjayanya dengan menawarkan harga sebanyak itu.

Katanya RM100- RM200 untuk solekan perkahwinan dan gaya rambut. Saya terperanjat,  saya faham semua bidang perniagaan kini mengalami kesukaran, tetapi harga ini sangat memalukan bagi saya seorang jurusolek.

Perbualan WhatsApp

Foto: Kenny Yee

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat harga yang ditawarkan adalah tidak bersesuaian dengan kemahiran jurusolek itu yang sudah lama berpengalaman dalam bidang solekan pengantin.

Sumber: Kenny Yee

SKIP THIS AD ×