berita

Nak Makeup Tahan Lama Yang Flawless Sepanjang Hari? Siri Lasting Finish Rimmel Wajib Ada Dalam List Korang

August 1st, 2022 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Sebelum pergi ke tempat kerja, keluar bersantai atau menghadiri majlis penting, wanita pastinya akan makeup terlebih dahulu agar kelihatan lebih cantik dan sempurna. Tak kisah la stail makeup natural mahupun full face, asalkan boleh menaikkan keyakinan diri korang, itu pun dah memadai.

Apa yang paling stres bila pakai makeup ni? Belum sampai satu hari, makeup dah mencair. Kalau korang nak makeup tahan lebih lama dan tak cepat hilang, penjagaan asas seperti setting spray, foundation, concealer dan sebagainya adalah wajib.

Nak cara lagi senang? Korang pakai ni je. Settle masalah beb!

Siri Lasting Finish Range oleh Rimmel, makeup lebih tahan lama!

Ladies semua yang tengah rungsing pasal makeup tak tahan lama tu, kami ada berita menarik untuk korang. Guna je Lasting Finish Range oleh Rimmel ni, confirm puas hati. Ini la kecantikan asas yang perlu korang tahu apabila makeup!

Sekarang korang mesti tertanya-tanya, produk apa je yang ada dalam Lasting Finish Range oleh Rimmel ni? Haa.. Meh la kita tengok satu demi satu. Amazing wei!

Setting Spray Lasting Finish Fix & Go – paling best seller!

Terasa makeup cepat luntur? Itu tandanya korang kena tambah setting spray dalam senarai rutin makeup korang. Paling best kalau korang guna Setting Spray Lasting Finish Fix & Go oleh Rimmel ni.

Sebagai primer dan setting spray 2-dalam-1, ia sangat membantu solekan korang tahan lebih lama. Korang boleh gunakan setting spray ni di bawah solekan sebagai primer dan selepas makeup agar solekan korang tak luntur sehingga 8 jam.

Paling menarik, setting spray ni ringan dan tak berminyak tau. Ia dirumus dengan ekstrak timun dan camomile agar kulit muka jadi lebih segar dan lembap serta-merta. Solekan korang jugak akan kelihatan lebih baik.

So, tak hairan la kalau ramai yang jatuh cinta dengan setting spray ni sampaikan ia jadi best seller kan?

Lasting Finish 25HR Foundation – muka berseri & kekal terhidrat sepanjang hari

Berbaloi dan seronok pakai, itu la antara review yang diterima daripada ladies yang memakai Lasting Finish 25HR Foundation oleh Rimmel. Ramai yang sukakan foundation ni. Memang tak sangka la!

Kenapa kami rekomen korang dengan foundation ni? Ia dapat membantu meratakan warna kulit dan menyembunyikan segala parut. Kulit muka korang pun nampak flawless tau.

Foundation ni tampil dengan 6 pilihan warna iaitu Ivory, Soft Beige, Classic Beige, Sand, True Nude dan Natural Beige. Paling best, ia boleh tahan sepanjang hari, sehingga 25 jam!

Bersama SPF20 dan mask-resistant, foundation ni memiliki hydration boost dengan Hyaluronic Acid dan Vitamin E. Oleh itu, kulit muka korang nampak lebih segar dan terhidrat sepanjang hari. Seronok kan?

The Multi-Tasker Concealer – concealer yang mampu melakukan semuanya

Buat seseorang yang sukakan mekap, confirm korang tahu tentang kehebatan concealer yang boleh menutup cela pada wajah. Lebih-lebih lagi kalau guna The Multi-Tasker Concealer oleh Rimmel. Concealer ni mampu melakukan semuanya!

Kehebatan concealer ni yang mampu menyembunyikan jeragat, mencerahkan lingkaran hitam dan meratakan tona kulit, memang patut la concealer ni jadi teman baik korang. Senang cerita, bukan concealer yang biasa-biasa la.

Concealer ni ditampilkan dengan large soft touch wand bersama 6 pilihan warna iaitu Fair, Light, Ivory, Nude, Honey dan Tan, siap dengan mask-resistant jugak. Ia juga tahan lama dan terhidrat selama 24 jam. Serius puas hati!

Lasting Finish Compact Powder – paling dinantikan ramai, baru keluar Julai ni!

Antara item solekan paling mudah dibawa kemana-mana setiap hari, semestinya compact powder. Paling dinantikan, Lasting Finish Compact Powder oleh Rimmel dah keluar bulan Julai ni guys. Yay!

Tahu tak? Compact powder ni sesuai sangat untuk semua jenis kulit, lebih-lebih lagi buat korang yang mempunyai kulit muka berminyak dan sensitif tu. Ada 4 pilihan warna iaitu Fair Porcelain, Pearl, Sesame dan Rose Ivory.

Paling kagum, ini la bedak asas dengan tekstur ringan yang mampu mengawal keserian muka korang tanpa rasa kering sepanjang hari tau. Pilihan tepat untuk korang memiliki compact powder ni.

Wah, memang best la siri Lasting Finish Range oleh Rimmel ni! Macam tahu-tahu je ladies memang nakkan penampilan lebih menarik dengan makeup yang tahan lama. Pasti ramai yang cemburu dengan penampilan korang nanti!

Berminat untuk dapatkan produk Rimmel? Korang boleh dapatkannya secara online dengan lebih mudah. Klik je mana-mana link kat bawah ni ya.

SKIP THIS AD ×