berita

Nak Masuk Singapura Dengan Kenderaan Sendiri? Ini Tips & Langkah Penting Korang Kena Tahu

November 27th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Singapura merupakan salah satu negara jiran Malaysia yang sering dijadikan tumpuan para pelancong termasuk rakyat tempatan kita sendiri. Walaupun mata wang Singapura adalah jauh lebih tinggi berbanding Malaysia tetapi daya tarikan dan tempat pelancongan yang ada di negara tersebut mampu menarik perhatian ramai orang. Walaupun begitu, keperluan dan perancangan perlu dilakukan terlebih awal termasuklah dari segi pengangkutan.

Terbaru, seorang pengguna Facebook ada berkongsi mengenai tips dan prosedur yang perlu dilakukan sekiranya ingin membawa masuk kenderaan sendiri ke Singapura. Tetapi sekiranya ingin mengurangkan bajet dan berjimat, korang digalakkan untuk menaiki motosikal.

Dapatkan whitecard

Hari ini saya nak kongsikan tips masuk Singapura naik motosikal atau kereta. Kedua-dua ni sama je cuma berbeza dekat lane auto dan manual dan kadar Vehicle Entry Permit (VEP). Bagi saya cara paling jimat jalan-jalan dekat Singapura adalah naik motosikal, sehari masuk Singapura cuma VEP 4sgd tapi kalau weekend tak ada VEP. VEP ini sama macam tol.

Nak masuk Singapore ada dua laluan iaitu Woodlands dan Tuas. Untuk first timer masuk Singapura, korang digalakkan untuk masuk ikut laluan Tuas sebab korang kena dapatkan whitecard dulu. Cara paling mudah dapatkan whitecard ialah minta dekat driver bas atau lori dekat RnR Gelang Patah. Korang isi siap-siap sebelum masuk imegresen Malaysia. Kalau tak dapat whitecard korang boleh isi di imegresen Singapura tapi prosedur agak leceh sedikit.

Lepas cop, buat autopass

Setiap imigresen Malaysia dan Singapura ada manual lane dan auto lane. Auto lane khusus untuk orang kerja Singapura. Korang kena masuk ikut manual lane, kebiasaannya manual lane adalah lane paling kiri sekali di Woodlands tapi di Tuas nanti dia ada cakap mana satu lane manual.

Selepas cop passport di imigresen Singapura, korang kena buat autopass. Korang kena standby dokumen seperti salinan geran dan insuran. Tetapi mulai tahun 2020 korang kena buat autopass secara online. Autopass ini macam touch n go dekat Malaysia tapi yang special nya setiap satu kad untuk satu no plat sahaja.

Di Singapura ni korang tak boleh parking sembarangan tempat. Korang kena masuk car park kereta, nanti akan ada tempat untuk motor ataupun korang boleh park di kawasan masjid dekat situ boleh parking free.  Tetapi korang tak digalakkan masuk ke Singapura pada weekday setiap pagi atau ahad petang dan elakkan lalu Electronic Road Pricing (ERP) time ERP sedang beroperasi.

Sumber: Mat Schrodinger

SKIP THIS AD ×