berita

Nak McDDoDaDip Hoodie Percuma? Jadi 100 Pelanggan Terawal Beli 2 Kotak Chicken McNuggets. Jom Serbu 21 Mei Nanti!

May 17th, 2023 | by Emalin Zalani
Kini Trending

Kalau makan di Mcdonald’s ni korang selalu order apa? Nasi lemak, bubur, pancakes, nuggets dan burger. Banyak sangat pilihan untuk sarapan, lunch dan dinner korang kan! 

Lagi-lagi sarapan pagi, sangat penting tau sebelum korang mulakan rutin harian korang. Mesti nak yang boleh siap on the go dan sedap kan? Barulah jimat masa dan tak perlu nak tunggu lama-lama untuk breakfast.

Jom kita tengok menu istimewa apa yang ditawarkan oleh Mcdonald’s. Psst… dengar cerita siap boleh tebus hadiah dan dapat ganjaran menarik lagi!

Tebus hoodie percuma dengan membuat pembelian 2 kotak chicken McNuggets. 100 unit saja tersedia!

Bagi peminat Chicken McNuggets, min ada berita baik nak share dekat korang  ni. Pada 21 Mei 2023, korang berpeluang untuk menebus hoodie McDDoDaDip percuma tau diinspirasikan oleh sos edisi terhad! 

Caranya senang je korang hanya perlu membuat pembelian sebanyak 2 kotak (20 pcs) Chicken McNuggets. Wow senangkan? lepastu baru dapat tebus hoodie ekslusif percuma korang! 

Pastikan korang datang awal pada jam 11 pagi untuk menebus hoodie percuma korang sebab hanya 100 unit saja disediakan. 

Jangan lupa untuk simpan resit korang sebagai bukti pembelian!

Tebus hoodie percuma korang di 15 restoran terpilih. Cepat-cepat semak lokasi korang sekarang!

Korang jangan tergesa-gesa lagi, sebelum korang pergi tu semak dulu lokasi yang terpilih. Nak claim hoodie percuma ni hanya di 15 restoran saja tau. Hanya satu restoran saja terpilih di setiap negeri seluruh Malaysia.

Untuk pengetahuan korang, hoodie hitam dan putih pula akan diberikan secara rawak.

Penebusan bermula pada pukul 11 pagi, di 15 restoran berikut:

  • Mcdonald’s Kangar DT
  • Mcdonald’s Kulim DT
  • Mcdonald’s Jalan Gopeng DT
  • Mcdonald’s Greenlane DT
  • Mcdonald’s Section 3 Shah Alam DT
  • Mcdonald’s Bukit Bintang
  • Mcdonald’s Putrajaya DT
  • Mcdonald’s Ampangan DT
  • Mcdonald’s Taman Buaya DT
  • Mcdonald’s Kulai DT
  • Mcdonald’s Teluk Cempedak DT
  • Mcdonald’s Batu Buruk
  • Mcdonald’s Kubang Kerian
  • Mcdonald’s Beverly Hills
  • Mcdonald’s Metro City DT

Ala… lokasi terlampau jauh? Tebus hoodie percuma dengan menyertai #McDDoDaDipChallenge di TikTok!

 

@mcdmalaysia

You game? Join the #McDDoDaDipChallenge to win lit prizes? Contest ends 21 May.

? SWIPE (#McDDoDaDip Remix) – ALYPH

Alamak… lokasi jauh sangat dengan rumah korang? Jangan risau ada cara lain korang boleh tebus hoodie percuma ini. Caranya ialah dengan menyertai #McDDoDaDipChallenge di TikTok (Cabaran Tarian Jari). Tarikh tutup pada 21 Mei 2023 juga tau!

Untuk ketahui langkah-langkahnya korang boleh ke tiktok official Mcdonald’s

Barulah korang berpeluang memenangi hoodie eksklusif #McDDoDaDip! 

Peluang menangi RM50,000 dan berpesta bersama Alyph di Do Da Dip McNuggets Party pada 4 Jun Nanti! 

Bukan tu je, korang juga berpeluang untuk berpesta bersama Alyph di Do Da Dip McNuggets Party pada 4 Jun dan menangi hadiah hebat bernilai sehingga RM50,000! Wow…Banyaknya! 

Pemenang bukan sahaja akan bertemu Alyph secara dekat semasa pesta tu. Korang juga akan dapat menikmati persembahan istimewa oleh Alyph. Ni lah peluang korang untuk selfie sekali dengan penyanyi terkenal ni!

Kalau aku like aku like kalau tak aku swipe. Haa… mesti korang pernah dengar kan lagu catchy ni? Ini antara lagu yang akan disertakan dalam setlist tau iaitu SWIPE tapi versi #McDDoDaDip Remix. Mesti lagi gempak!

Bukan tu je, para tetamu akan ke Do Da Dip dengan kesemua 6 sos Chicken McNuggets semasa party. Pelbagai permainan dan aktiviti menarik juga menanti korang! 

Haa… banyakkan benda menarik menanti korang! Jadi tunggu apa lagi, cepat-cepat dapatkan hoodie dan join sekali competition di Tiktok. Untuk maklumat lebih lanjut korang boleh layari laman web Mcdonald’s!

SKIP THIS AD ×