berita

Nak ‘Melepas’ Pun Tak Selamat..

September 11th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Seorang remaja, Siraphop Masukarat, berdepan detik cemas apabila kemaluannya dipatuk oleh seeokor ular sawa ketika menggunakan tandas di rumahnya. Kejadian tersebut berlaku di Nothaburi, Thailand.

Kemaluan dipatuk ular

Sumber: ThaiVisa

Kejadian ini berlaku semasa Siraphop menggunakan tandas untuk membuang air besar. Pada mulanya, dia tidak perasan ular sawa sepanjang 1 meter itu berada di dalam mangkuk tandas.

Ular itu bertindak mematuk alat kemaluannya dan menyebabkan luka di alat sulit Siraphop. Berikutan insiden itu, Siraphop dirawat di hospital berdekatan dan memerlukan 3 jahitan.

Selepas insiden itu, ular sawa tersebut masih berada di dalam mangkuk tandas yang sama sebelum ditangkap dan dilepaskan di hutan yang berdekatan.

Ibu mangsa hairan

Gambar sekadar hiasan

Ibu Saraphop berasa hairan dan befikir dari mana ular tersebut datang dan masuk ke dalam lubang tandas rumahnya kerana mereka tinggal di kawasan bandar, bukannya kawasan luar bandar yang lebih terdedah dengan binatang yang berbahaya.

Dia juga berasa lega apabila ular yang mematuk anaknya bukan ular jenis sedung, kalau tidak mesti anaknya sudah mati.

Kejadian yang berlaku ini memberi satu pengalaman hitam buat Saraphop dan mengajar kita semua untuk lebih berhati-hati ketika menggunakan tandas.

Sumber: The Thaiger ,ThaiVisa Daily Star

SKIP THIS AD ×