berita

Nak Menang Baucar Tunai Dari McD? Jom Cuba Filter Terbaru Ni Dulu, Senang Je Tau!

October 10th, 2022 | by Sya Alkaf
Shout Out!

Orang Malaysia ni memang tak boleh dipisahkan dengan makanan pedas. Kalau makanan tak pedas, dia jadi macam kurang kick kan? Rasa macam serba tak kena je.

Sebab tu kebanyakan makanan tempatan kita mesti letak cili padi. Fuhh.. Lagi pedas, lagi sedap! Haa.. Sebabnya kita semua ni memang gilakan masakan pedas, sekarang sampai dah ada filter yang hadir dengan elemen ‘pedas’ tau!

‘Spicy Face’ akan buatkan korang terasa bahang kepedasan!

McDonald’s memang memahami korang yang gilakan kepedasan, sampai dorang keluarkan filter di Instagram dan Tiktok khas untuk ‘Spicy Zone’ yang mengetengahkan dua burger pedas popular dorang iaitu Spicy McCrispy Chicken Burger dan Spicy Chicken McDeluxe.

Seperti namanya ‘Spicy Face’ korang akan auto terlihat lebih hangat dan letup bila gunakan filter ni tau. Lagi best, korang juga berpeluang untuk menang baucar tunai hanya dengan gunakan filter ‘Spicy Face’. Syok gila!

Antara hadiah menarik menanti korang:

  • 10 penyertaaan paling kreatif bakal memenangi baucar tunai bernilai RM1,000
  • 100 penyertaan terawal layak menerima baucar tunai bernilai RM50

Cara nak menang mudah je, muat naik video dengan menggunakan filter “Spicy Face” di TikTok. Kemudian tag @mcdmalaysia dan 3 orang kawan korang untuk sama sertai peraduan filter ‘Spicy Face’.

Akhir sekali, korang kena isi borang penyertaan pada link yang tertera dekat bio akaun rasmi TikTok McDonald’s Malaysia.

Paling penting, jangan lupa untuk tetapkan akaun korang dalam mode public. Kalau tidak buat rugi jelah korang record video sakan. Hehe. Peraduan ni berlangsung dari 6-12 Oktober je tau, kena cepat!

Tak kan guna filter je? Kena lah beli juga Spicy McCrispy atau Spicy Chicken McDeluxe!

Burger klasik Spicy Chicken McDeluxe sebenarnya tak perlu diperkenalkan lagi, burger kegemaran ramai ni memang tak pernah menghampakan. 

Setiap kali teringinkan burger ayam yang pedas dan rangup, memang inilah pilihan min! Rasa keseluruhan burger yang saling melengkapi, terutama sekali isi ayam yang rangup dan pedas. Memang padu geng!

Jika korang nak kan kelainan, apa kata cuba Spicy McCrispy Chicken Burger. Pssttt.. Ni kegemaran min tau! Rasa sos bawang putih istimewa yang digunakan pada burger ni memang umpphh!.

Sekali gigit je korang pasti nak lagi! Makan pula dengan fries panas-panas. Gerenti korang terlupa sekejap segala masalah yang ada.

Malas nak keluar rumah untuk beli hidangan McDonald’s? Korang order je melalui McDelivery, mudah dan pantas! Tak payah nak bersiap-siap bagai keluar rumah, tekan-tekan je dekat phone tu kemudian tunggu makanan sampai.

Psstt.. Aplikasi McD selalu tawarkan promosi tau, jadi jimat dan berbaloi-baloi!

Pembelian juga boleh dibuat secara Pandu Lalu atau di restoran McD berdekatan. Jadi tunggu apa lagi? Jom lah pesan sekarang!

Untuk sebarang maklumat lanjut korang boleh ke laman Facebook rasmi McDonald’s di SINI.

SKIP THIS AD ×