berita

Nak Menang Honda City & Hadiah Lumayan Daripada Samsung? Jom Sertai Great Galaxy Raya Deals!

June 7th, 2016 | by Noraniza
Shout Out!

samsung 1

Wow! Terbeliak mata kami bila tengok hadiah yang ditawarkan di Samsung Great Galaxy Raya Deals yang berlangsung daripada 23 Mei sehingga 17 Julai ni!

Mana taknya, Samsung Malaysia Electronics nak bagi korang 30 buah kereta Honda City dan pelbagai lagi hadiah lumayan. Wah, bolehla beraya sakan tahun ni!

samsung 2

Tawaran Great Galaxy Raya memperkenalkan promosi purchase-with-purchase (PWP) dimana jika korang membeli Galaxy S7, Galaxy S7 edge ataupun Galaxy Note5 di cawangan terpilih, korang secara automatik layak untuk membeli Samsung Gear VR dengan diskaun sebanyak 30% daripada harga asal iaitu RM321. Bukan itu sahaja, setiap pembelian juga melayakkan anda untuk menebus Samsung Wireless charger berharga RM279 secara percuma!

Macamana pula nak menang kereta? Korang haruslah sertai peraduan ‘Win A Car‘ yang mana korang perlu membeli produk Samsung Galaxy yang terpilih, tablet atau gajet dengan harga lebih daripada RM 300. Pembelian haruslah dilakukan semasa waktu promosi dan menerusi dealer Samsung yang berdaftar. Oh, jangan lupa untuk simpan resit sebagai bukti pembelian ya!

Langkah seterusnya korang perlu set up gajet masing-masing dan juga akaun Samsung dan jawab beberapa soalan mudah menerusi SMS. Mudah kan? Untuk maklumat lanjut, layari www.samsung.com/my/raya2016.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×