berita

Nak Menang Percutian 5H4M Ke Korea? Jom Spend & Win Dengan Watsons, Mana Tau Korang Pemenang Bertuah!

March 8th, 2023 | by Syakilla Marzuki
Kini Trending

Annyeonghaseyo! Mana semua kaki berjalan? Teringin nak pergi melancong ke Korea Selatan tak? Bukan apa, Korea Selatan ni kan merupakan satu tempat pelancongan yang popular, lagi-lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Jadi, kalau dapat peluang untuk pergi, best lah kan!

Ha…kalau korang nak tahu, Watsons dengan kerjasama Korea Tourism Organization telah melancarkan kempen K-Beauty Festa “I Got Seoul” dan mereka nak ajak korang untuk join “Spend and Win” serta berpeluang untuk menang percutian 5h4m ke Korea. Seronoknyaaa!

Jadi ahli Watsons sekarang & sertai peraduan ini!

Kempen ini bermula dari 23 Februari sehingga 29 March 2023 dan bertujuan untuk memberi ganjaran serta memberi pengalaman membeli-belah dengan penawaran produk kecantikan daripada kosmetik, penjagaan kulit, penjagaan rambut dan penjagaan kesihatan.

Dengan kempen yang sedang berlangsung ini juga membolehkan korang untuk sertai peraduan mereka dan berpeluang untuk pergi ke destinasi menarik di Korea. Tapi sebelum tu, korang kenalah jadi ahli Watsons dulu tau!

Nak jadi ahli pun mudah saja, korang hanya perlu daftar melalui aplikasi Watsons MY ataupun dimana-mana outlet mereka di luar. Lepastu, bolehlah mula sertai peraduan itu dengan hanya berbelanja minimum RM120 ke atas untuk jenama yang mengambil bahagian di kedai & dalam talian dalam satu resit.

Dah dapat resit tu, jangan buang pula! Simpan dan hantar penyertaan tu di sini. Kalau korang merupakan ahli Watsons Elite pula, korang layak mendapat dua penyertaan jika berbelanja lebih daripada RM120 ke atas. 

Apa yang menarik di Korea ni? Jom check-it-out!

Korea ialah sebuah negara yang semakin popular dalam kalangan pelancong dengan kemudahan yang canggih. Daripada K-Pop, K-Drama, K-Beauty dan K-Food, sejarah yang menarik, budaya, makanan yang lazat, kafe bertema, orang yang mesra dan pelancongan infrastruktur yang baik, semua korang boleh nikmati di sana! 

Berikut adalah 4 bandar teratas yang korang boleh lawati di Korea ni! Jom tengok satu-satu. 

1. Seoul – Bandar yang moden & mempunyai pelbagai kemudahan 

Seoul ialah sebuah bandar yang mewakili gabungan tradisi dan kemodenan. Bandar ini adalah rumah kepada 5 istana diraja Istana Gyeongbokgung, Istana Changdeokgung, Istana Changgyeonggung, Deoksugung Istana dan Istana Gyeonghuigung. 

Ia juga merupakan pusat aliran K-Pop dan K-Drama pada hari ini. Walaupun menjadi bandar moden yang cepat berubah, ia masih mengekalkan sejarahnya tersendiri.

Dekat Seoul ni juga popular dengan bandar membeli-belah iaitu Myeongdong Shopping Street. Korang boleh makan dan berseronok walaupun pada waktu malam. Ha…kalau korang sejenis yang Shopaholics tu, jangan lupa bawa beg extra untuk membeli belah! 

Seoul juga telah dipilih sebagai salah satu daripada 100 lokasi penggambaran biasa untuk filem dan drama oleh Kerajaan Metropolitan Seoul dan Majlis Filem Seoul. Jadi, tak rugi kalau korang nak melawat tempat ni.

Lagipun ia adalah tempat terbaik untuk menikmati keindahan musim bunga dengan tenang di dalam bandar. Ha…peminat K-drama tu kalau korang berpeluang ke sini, jangan lupa lakonkan semula babak dari drama ini sambil memakai Hanbok, mesti cute wehhh! 

2. Busan – Bandar yang dipenuhi dengan bangunan dan pemandangan yang cantik serta menakjubkan

Pernah dengar filem Train to Busan? Ye! Inilah bandar dan pelabuhan kedua terbesar di Korea Selatan. Busan menawarkan segala-galanya dari pasar tradisional ke pantai yang menakjubkan dimana ia dipenuhi dengan bangunan dan pemandangan lautan yang menakjubkan.

Orang kata kalau pergi Busan ni memang instagram worthy lah sebab setiap sudut nya memang sangat cantik untuk korang bergambar. Selain itu, korang berpeluang untuk melihat seni jalanan yang cantik, selesa dan juga ada kafe menarik sepanjang jalan di sana. 

Nak lagi best, korang boleh pergi ke Huinnyeol Culture Village dimana ia pernah menjadi perkampungan desa untuk pelarian Perang Korea, dan kini telah menjadi perkampungan budaya dan seni yang berkembang maju tau! 

3. Jeonju – Mempunyai kediaman tradisional ala-ala kampung & merupakan destinasi popular kerana seni bina yang bersejarah

Pernah tengok k-Drama yang dilakonkan di kediaman tradisional Korea? Ha…inilah tempatnya! Ia juga menjadi satu destinasi popular untuk penduduk tempatan di sana dan mendapat gelaran UNESCO City of Gastronomi pada tahun 2012 oleh kerana seni bina yang bersejarah. 

Selain itu, korang juga boleh try pemakaian hanbok yang berbeza seperti hanbok yang lebih pendek yang dipakai oleh kumpulan idola gadis popular di sana.

Bayangkan korang berpakaian hanbok, hirup kopi hangat dengan sekeping kek beras yang dibakar secara tradisional sambil menikmati pemandangan kampung halaman, pehhh tenang rasanya! Dekat Jeonju je tau korang boleh rasai pengalaman macam ni.

4. Jinhae – Mempunyai laluan bunga sakura yang indah sepanjang 1.5km 

Jinhae Gunhangje merupakan festival bunga sakura terbesar di Korea, ia telah diadakan setiap tahun di Jinhae selama 60 tahun yang lalu. Jadi, kalau korang dah sampai Jinhae ni, tak syok lah kalau korang tak lawat Yeojwacheon Stream kan.

Nak tau kenapa tempat ni menarik? Ini kerana laluannya mempunyai bunga sakura yang indah sepanjang 1.5km yang berada di antara 100 Korea Selatan. Kalau korang pernah tengok, adegan akhir drama Korea “That Winter, The Wind Blows” pun pernah dirakam disini tau. Kalau dapat pergi sini, memang seronok betul! 

Nak tengok lagi video menarik tentang destinasi popular di Korea, bolehlah lawati mana-mana Watsons Stores nanti.

Tunggu apa lagi? Jomlah belanja & menang dengan Watsons harini!

Korang excited tak? Kalau dah, jom lah berbelanja dan berpeluang untuk menang dengan membeli belah dari jenama-jenama di Watsons. Bukan tu saja, korang juga boleh sertai Watsons K-Beauty Festa dari 16 hingga 19 Mac 2023 di Sentul Depot KL. 

Siap ada game, makanan, bengkel kecantikan dan sesi meet and greet lagi tau! Bukan tu saja, kalau korang RSVP sekarang, korang akan mendapat barangan bernilai RM200* dan baucar tunai RM20* untuk sekali masuk. Pehhh, rugilah kalau korang tak pergi! 

Jadi, tunggu apa lagi? Jom Belanja & Menang dengan Watsons harini! Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web mereka di SINI.

*Tertakluk pada terma dan syarat

SKIP THIS AD ×