berita

Nak Menang Tiket Free Ke Lazada 11.11 : Super Show? Ada Kumpulan K-Pop Popular Tau!

November 5th, 2018 | by Bieha
Kini Trending

Setiap kali tarikh 11.11, mesti ramai yang tertunggu-tunggu kan? Time ni lah, tak kira kaum wanita ke ataupun kaum lelaki dah stand by kat depan pc ataupun smartphone masing-masing. Apa yang special sangat dengan tarikh 11.11 ni?

Mestilah semua orang tunggu acara beli belah dalam talian terbesar dari Lazada Malaysia iaitu Lazada 11.11 Shopping Festival!  Mana taknya, masa ni lah korang boleh shopping macam-macam barang dari pelbagai jenama terkenal dengan harga yang tak masuk akal!

Tapi tahun ni, extra special sikit sebab Lazada Malaysia akan mengadakan konsert Lazada 11.11 : Super Show iaitu countdown menjelang Lazada 11.11 Shopping Festival yang akan disiarkan secara lansung di saluran Media Prima seperti TV3, NTV7, Tonton dan juga di aplikasi dalam talian Lazada.

Apa yang best sangat pasal Lazada 11.11 : Super Show ni?

(Dari kiri ke kanan) Christophe Lejeune, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia; Andrew Gnananantham, Ketua Pegawai Pemasaran Lazada Malaysia; Sherry Tan, Ketua Pegawai Perniagaan merasmikan Lazada 11.11 Shopping Festival

Pada 11 November setiap tahun, Lazada Malaysia memang tak pernah fail untuk mengadakan acara beli belah terbesarnya, tapi, tahun ni lagi berganda-ganda best sebab korang boleh try ciri terbaru dalam aplikasi dalam talian terbaru Lazada macam Shake it, Slash It dan Wonderland serta dapat akses kepada lebih daripada 100 juta produk dan 300 jenama!

Yang lagi gempak, pada 10 November 2018 nanti, Lazada Malaysia akan mengadakan konsert Lazada 11.11 : Super Show iaitu countdown menjelang Lazada 11.11 Shopping Festival yang akan disiarkan secara lansung di saluran Media Prima seperti TV3, NTV7, Tonton dan juga di aplikasi dalam talian Lazada. 

Bukan countdown biasa-biasa tau, tapi Lazada 11.11 : Super Show ni akan menampilkan persembahan kumpulan k-pop popular iaitu KARD! Oh ya, artis-artis popular Malaysia seperti Aiman Tino, Haqiem Rusli, Ayda Jebat, Wany Hasrita, Ella, Ziana Zain dan Bunkface pun ada! Wee tak sabarnya!

Bila? Kat mana? Haa..meh kami bagitahu..

Tarikh: 10 November 2018

Red Carpet : bermula 9.30 malam

Lazada 11.11 Super Show : 10.00 malam

Lokasi: Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Wah, boleh menang Volkswagen Beetle lah!

Eh, biar betul. Macam mana nak menang ni?

Haa..buat korang yang tengok Lazada 11.11 : Super Show kat arena ataupun di rumah, kalau korang bertuah, korang berpeluang untuk memenangi Volkswagen Beetle 1.2 TSI melalui permainan secara langsung di aplikasi Lazada ketika program ni berlangsung tau!

Korang kenalah alert sepanjang Lazada 11.11 : Super Show nanti, sebab korang jugak boleh bawak balik pelbagai hadiah lumayan dari L’Oreal Paris, Carlo Rino, Philips, Lactogrow, Sunsilk, Drypers dan juga Xiaomi! Yahoo!

Lagi satu, korang tak payah tunggu sampai 11 November sebab mulai 1 November ni, korang dah boleh mula pilih dan preview barangan yang terpilih di bawah harga 11.11 dan simpan siap-siap dalam cart korang, supaya nanti senang dan terus bayar je. Faham-faham jelah bila sales, gerenti orang berebut dan sekejap je barang yang kita nak tu habis!

Lagi best, korang jugak boleh menikmati baucar, diskaun menarik dan pelbagai hadiah yang memang awesome macam kat bawah ni..

  • Baucar sehingga RM11,000,000
  • Tawaran serendah RM0.99
  • Hadiah percuma bernilai RM200,000
  • Lebih daripada 10,000 kotak kejutan mengandungi produk daripada pelbagai jenama dengan diskaun sehingga 70%

Oh ya, kalau korang nak dapat lebih banyak tawaran menarik, bermula 1 hingga 10 November 2018, dari jam 11 pagi hingga 5 pagi, korang boleh main ciri terbaru Lazada iaitu Wonderland. Haa..setiap hari, korang akan dapat 20 peluang untuk bukak kotak barangan berharga mengandungi baucar dari pelbagai jenama terkenal.

Klik je web banner Wonderland di halaman utama aplikasi Lazada, seterusnya korang akan dibawa  ke ciri Wonderland untuk lihat stor yang mengambil bahagian dan tekan stor pilihan korang!

Nak tengok Konsert Lazada 11.11 : Super Show secara live?

 

Kalau korang rasa tak feel nak tengok konsert Lazada 11.11 : Super Show ni kat tv, jom tengok secara live nak? Kitorang ada 25 pairs tiket untuk korang rebut! Senang je caranya..

Jom sama-sama kita tunggu Lazada 11.11 Shopping Festival dan Lazada 11.11 : Super Show ni. Memang berbaloi-baloi! Rugi kalau korang miss..

Apa tunggu lagi guys, layari www.lazada.com.my , Facebook, Instagram dan Twitter Lazada untuk maklumat lanjut!

 

Most Read Today