berita

Nak Miliki Rumah Pertama Dengan Harga Berpatutan? Prestige Residence Ni Memang Sesuai Untuk Korang!

October 18th, 2021 | by Syakilla Marzuki
Kini Trending

Ada antara korang tengah mencari rumah idaman yang berkualiti dengan harga berpatutan? Tambah-tambah lagi buat yang baru berkeluarga tu, mesti mula terbayang nak ada ruang sendiri dan teringin cari rumah dengan lokasi yang baik, persekitaran selesa dan sesuai dengan gaya hidup korang kan?

Ha…kalau korang nak tahu, LBS Bina Group Berhad (LBS) memperkenalkan projek terbaru mereka, iaitu Prestige Residence,  dimana ia adalah sebuah serviced apartment yang merangkumi 1,450-unit yang dibina di Seri Kembangan. Nak tau apa yang menarik? Jom tengok!

1. Sesuai untuk korang yang baru berkeluarga & individu berkerjaya dengan harga mampu milik!

Boleh dikatakan ramai juga golongan muda yang baru berkahwin dan mempunyai keluarga serta individu yang berkerjaya tengah mencari rumah pertama untuk didiami.

Nak-nak pula kalau ada rumah dengan harga berpatutan bermula dari RM270,000 macam Prestige Residence ni. Inilah peluang korang sebagai pembeli rumah pertama untuk dapatkan harga yang menarik dengan kualiti dan susun atur rumah yang praktikal. Rumah macam ni lah korang tengah cari kan?

2. Menyediakan akses mudah ke lebuh raya & pelbagai kemudahan awam utama

Selain itu, ia dilengkapi dengan 40 kemudahan dan rumah kelab 2 tingkat yang eksklusif, dimana ia mempunyai pelbagai pilihan aktiviti untuk memupuk ikatan kekeluargaan yang sihat, di samping melahirkan semangat muafakat dalam masyarakat.

Prestige Residence mengetengahkan konsep reka bentuk urban chic yang memperlihatkan sisi moden dan bandar. Walaupun, ia berkonsepkan moden namun lokasinya berhampiran hutan simpan menjadikan suasana tenang dan nyaman seperti berada jauh di alam kehijauan.

Di sini korang bebas memilih susun atur rumah bersesuaian dengan keperluan korang sama ada rumah dengan keluasan 600 kaki persegi (2 bilik tidur dan 2 bilik air), 800 kaki persegi (3 bilik tidur dan 2 bilik air) atau 850 kaki persegi (3 bilik tidur dan 2 bilik air).

Kediaman ini juga menyediakan akses mudah ke lebuh raya utama dan pelbagai kemudahan awam utama, seperti hab komersial, institusi kewangan, sekolah, perkhidmatan kesihatan dan banyak lagi kemudahan lain. Ha…untung kan semua dekat je dengan rumah tu nanti!

Hal keselamatan pun korang tak perlu risau, sebab Prestige Residence dilengkapi dengan ciri keselamatan ketat bagi menjaga kesejahteraan dan keselamatan semua penduduk.

3. LBS Bina nak bagi insentif tunai bagi pembeli yang telah lengkap vaksinasi, wow!

Sempena dengan pelanjutan tarikh kempen Vacci-Nation Bonanza sehingga ke penghujung tahun 2021, ini adalah masa yang amat sesuai bagi korang untuk mendapatkan rumah impian.

Ini kerana LBS akan memberikan insentif tunai berjumlah RM670,000 serta insentif tunai tambahan sehingga RM335,000 bagi korang yang telah mendaftar atau lengkap divaksinasi.

4. Bukan tu je, buat pembeli rumah Prestige Residence ni, ada cabutan bertuah LBS Fabulous 20-21!

Paling best, kalau korang beli rumah dekat sini, korang ada peluang untuk sertai cabutan bertuah tau! LBS Bina nak bagi hadiah bernilai RM445,000 pada pusingan pertama cabutan bertuah kempen LBS Fabulous 20-21 yang dianjurkan.

Cabutan bertuah ini sudah pun dijalankan tapi kesemua pembeli rumah Prestige Residence yang membuat pesanan sehingga akhir tahun nanti layak untuk menyertai cabutan bertuah pusingan ke-2.

Hadiah utama yang menanti korang adalah Proton X70 dan macam-macam lagi! Kesemua hadiah tersebut bernilai lebih dari RM1,000,000!

Tunggu apa lagi? Jom dapatkan rumah impian korang harini jugak!

Bukan dapat rumah cantik je, banyak juga tawaran menarik yang mereka tawarkan buat korang. Jadi, jangan tunggu dan fikir lama-lama tau!

Kalau korang berminat dan nak dapatkan informasi lanjut, boleh layari laman web Prestige Residence atau hubungi jurujual mereka di nombor 1700 81 8998.

SKIP THIS AD ×