berita

Nak Pergi Roadtrip, Tapi Takut Jalan Jem? Hah, Ikut Je Cadangan Ni, Setel Masalah!

January 23rd, 2024 | by Syamirul
Kini Trending

“Yeay dah cuti sekolah, dah tau nak holiday kat mana tak?”

Masuk je musim cuti sekolah mesti ramai mak ayah dah mula listkan tempat-tempat nak bawak anak-anak berjalan betul tak?

Tapi bila difikir-fikirkan balik, mesti jalan jem sebab cuti sekolah. Ke nak duduk rumah je? Korang rasa macam mana?

Road trip tanpa jem!

Korang dah tak payah nak pening-pening kepala pikir pasal masalah jalan jem, kat mana nak bercuti lah sebab min ada tips untuk korang pergi road trip tanpa perlu redah jem tau. Plan baik punya!

Nak tahu apa? Bagi memudahkan urusan percutian korang tu, min sangatlah menggalakkan korang untuk keluar berlibur pada hari bekerja.

Dengan cara ni ianya mampu memberikan pengalaman yang lancar buat korang yang dah plan nak pergi bercuti ke sana ke sini tu.

Holiday di hari bekerja, biar betul?

Kalau nak nikmati percutian dengan penuh ketenangan tanpa memikirkan kesesakkan lalu lintas, hari bekerja lah jawapan dia.

Macam ni, kita semua tahu yang Thaipusam jatuh pada hari Khamis kan? Jadi korang apply lah cuti hari Jumaat tu, bolehlah korang cuti panjang sikit dari biasa. Hehehe!

Kredit: https://biztechcommunity.com/style-travel/malaysia-public-holidays-2024/

Percaya cakap min, time ni highway confirm lengang, shopping mall takde orang, tempat-tempat viral pun korang tak payah nak beratur panjang-panjang tau. Tak nak ke macam ni?

Ini antara kebaikan kalau korang bercuti pada hari bekerja

Penjimatan Yang Berganda

Kita semua tahu yang sekarang ni semua bende mahal, nak masuk toilet pun kena bayar 50 sen tau. Jadi kalau nak jimatkan kos perbelanjaan tu ni lah masanya sebab hotel murah guys.

Selalunya kalau korang book hotel pada hari bekerja ni memang akan ada tawaran eksklusif yang tersedia jadi ini lah masanya korang memanfaatkan segala tawaran yang ada.

Aliran Trafik Lengang Di Lebuh Raya Utama

Say no more to jalan jem guyss! Jom sama-sama kita nikmati perjalanan yang lebih santai, tenang pada hari bekerja ni.

Ini lah masanya kita drive sambil dengar lagu dengan aman tanpa gangguan bunyi hon dari kereta-kereta di sebelah kiri, kanan, depan dan belakang.

Bukan setakat tu je, kita juga boleh tiba di destinasi dengan cepat. Memang jimat masa!

Tak Perlu Beratur Atau Berebut Dengan Orang Lain

Psssttttt…..Ini lah masanya korang beli cromboloni yang viral tu tanpa perlu berebut-rebut ataupun beratur berjam-jam.

Tak cukup dengan tu, korang juga boleh melawat atau habiskan masa di tempat-tempat yang viral atau bersejarah di Ipoh, Melaka ataupun Johor

Dengan cara ni korang boleh menikmati percutian tanpa ada sebarang gangguan dan paling penting korang boleh luangkan masa bersama yang tersayang.

Dah ready nak penuhkan feed Instagram, Facebook korang dengan gambar-gambar yang menarik tak? Haaaa….Biar kawan-kawan korang jealous!

Masih tak ada idea nak pergi mana?

Tak perlu nak pergi jauh-jauh pun, kita healing je dalam Malaysia ni sebab tahun ni kan banyak kempen tahun melawat Melaka, Perlis, Perak dan macam-macam lagi lah.

Tunggu apa lagi jomlah road trip guna  highway PLUS.

Korang tau tak yang tahun ni tahun melawat Melaka? Mana mungkin korang tak tau sebab Dato’ Sri Siti Nurhaliza nyanyi lagu tema tahun melawat Melaka kot. Haaa….sebab ni lah Melaka masuk dalam list cadangan PLUS.

Tunggu apa lagi, inilah masanya korang nak rasa asam pedas Melaka, Coconut Shake dan macam-macam lagi yang viral tu. Sambil-sambil tu korang boleh tau serba sedikit sejarah Negeri Melaka ni.

Selain itu, korang juga boleh bercuti di Ipoh. Orang kata Ipoh ni banyak tempat-tempat yang best untuk buat content tau.

Antaranya, korang boleh ke Pasar Gerbang Malam, Pasar Karat Ipoh, Concubine Lane dan banyak lagi lah. Min yakin korang tak kan bosan kalau bercuti di Ipoh ni.

Siapa-siapa yang ada anak kecil tu min rasa sesuai korang bawak pegi Johor sebab ada taman tema LEGOLAND. Anak-anak mesti suka!

Bukan setakat ada LEGOLAND, tapi macam-macam ada. Korang juga boleh buat trip jalan-jalan cari makan kat Johor. Kita ada kacang pool, murtabak, beriani gam eh macam-macam lagi lah.

Semua destinasi yang PLUS cadangkan ni memang sesuai untuk semua peringkat umur tau. Apa yang penting korang gembira bersama yang tersayang.

Geng healing road trip highway

Jangan lepaskan peluang untuk mengembara dengan lebih tenang di highway PLUS hari ini.

Asyik bawak anak jer bercuti, sekali sekala kita kene bagi chance lah kat mak pak kite healing together-gether.

Inilah masanya orang kata kita nak discover Malaysia.

Alang-alang korang dah guna highway PLUS tu, apa kata korang collect PLUSMiles points ni nanti boleh redeem macam-macam tau, siap boleh makan kat R&R secara PERCUMA beb!

Tunggu apa lagi, cepat lah klik SINI untuk mendaftar.

Apa-apapun min nak ucapkan selamat bercuti dan pandu dengan cermat ya guys!

SKIP THIS AD ×