Dengar je Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah dilaksanakan, memang gembira tak terkata! Tak sabar nak dapat giliran pengambilan vaksin. Tapi, dalam tak sabar tu korang juga kena persiapkan diri sebelum dan selepas ambil vaksin tu. Lagi-lagi masa pandemik ni, hidrasi badan kena jaga terutamanya selepas vaksinasi. Jangan sampai terdehidrasi tau.
Dehidrasi berlaku kerana terlalu banyak air dikeluarkan dari badan, tak cukup minum air, atau mungkin keduanya. Walaupun duduk rumah, korang boleh juga boleh terdedah kepada dehidrasi. Macam mana nak atasi masalah ini semasa pandemik?
Segarkan diri, hidrat semula dengan rumusan khas elektrolit 100PLUS
Orang kata, nak atasi masalah dehidrasi ni, minum je la banyak air kan? Tapi kadang-kadang, minum air je pun tak cukup sebenarnya. Kena isi semula elektrolit dalam badan korang tu.
Badan kita perlukan keseimbangan mineral untuk penghidratan yang berkesan. Korang kena pastikan elektrolit tu cukup dalam badan. 100PLUS dengan rumusan khas elektrolit boleh membantu mengawal suhu badan supaya badan dan otot dapat berfungsi dengan optima.
Kalau tak cukup elektrolit, susah badan kita nak berfungsi secara menyeluruh! Nampak tak betapa pentingnya elektrolit ni.
Minuman isotonik yang boleh bantu korang kekal terhidrat semasa pandemik!
Ramai orang ingat 100PLUS ni bagus minum semasa sakit atau bersukan je. Eh, mana ada macam tu! Nak kekal terhidrat semasa pandemik, bila-bila je korang boleh minum 100PLUS tau. Nak tahu kenapa?
100PLUS merupakan minuman isotonik pertama di Malaysia yang dirumus khas untuk membantu badan sentiasa terhidrat. Campuran unik cecair dan elektrolit yang optimum dalam 100PLUS membantu pengambilan cecair dan penyerapan yang lebih baik untuk badan.
Korang tahu tak, apa kebaikan minuman 100PLUS? Minuman isotonik ni membantu mengekalkan kecergasan badan, fokus dan konsentrasi serta mengoptimumkan fungsi otot. Memang elok la diminum bersama keluarga di rumah semasa pandemik ni.
Dengan penghidratan optima, kesihatan fizikal dan mental korang lebih terjaga secara menyeluruh. Semua ni sangat penting, lebih-lebih lagi di waktu pandemik yang melanda sekarang.
Senang cerita, minuman isotonik 100PLUS adalah pilihan bijak untuk korang kekal hidrat pada setiap masa walau di mana-mana je.
Dapatkan 100PLUS untuk persediaan vaksinasi korang!
Korang dah buat persediaan untuk vaksinasi ke belum tu? Korang kena dapatkan rehat yang secukupnya, amalkan pemakanan sihat dan hidratkan diri dengan 100PLUS. Ikut tips ni, mesti okay punya!
Kalau korang nak tahu, 100PLUS telah mengedarkan produk 100PLUS di Pusat Pentadbiran Vaksin terpilih (PPV) sejak awal Jun 2021. Ni sebab 100PLUS nak galakkan penerima vaksin semua kekal terhidrat. Serius prihatin!
Antara PPV yang terpilih tu ialah:
- Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
- Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC)
- AXIATA Arena Bukit Jalil
Paling best, sekarang dah ada banyak pilihan minuman 100PLUS tau. Ni antaranya yang korang boleh pilih:
- 100PLUS Original, Lemon Lime, Blackcurrant, Berry, Orange
- 100PLUS ZERO terbaharu – Zero sugar, Zero calorie
- 100PLUS ACTIVE – Tidak berkarbonat dan ditambah Vitamin B
Korang dah pernah cuba semua ke?Tak kisah apa pun perisa, bila minum je terus segar dan rasa bertenaga! Hidrasi badan pun terjaga. Kan bagus tu!
Jangan lupa untuk tetap terhidrasi dalam situasi pandemik ni, #HidratkanDiriSihatkanBadan #Kitajagakita bersama-sama kita dapat mengatasi wabak ni.
Untuk info lebih lanjut, korang boleh terus ke laman web 100PLUS di SINI!