
Korang perasan tak? Nak jaga kesihatan zaman sekarang bukan main mahal lagi. Mana tidaknya, satu sesi bersama sleep therapist mampu mencecah RM300. Personal trainer pula sampai RM2,000 sebulan dan kalau nak jumpa dietitian pula bersiap sedia untuk dikenakan caj RM200 sekali consult!
Itu belum masuk kos ubat, supplement, atau membership gym!
Tapi jangan risau.. Sebabnya ada sebuah lagi cara korang boleh dapatkan semua tu dengan harga tak sampai RM100 sebulan pun. Siap ada teknologi AI lagi! Jom baca sampai habis untuk ketahui lebih lanjut!
1. ‘Running Coach’ Peribadi Yang Sentiasa Ada Bersama Korang

Kebanyakan orang gagal capai target kecergasan sebab tak ada panduan yang jelas. Nak susun jadual senaman sendiri? Memang melecehkan!
Dengan adanya ‘Running Coach’, korang cuma perlu buat ujian larian 12 minit sahaja untuk Samsung Galaxy Watch8 membuat analisis tahap kecergasan korang dan letakkan di Level 1 sampai 10.
Seterusnya, Samsung Galaxy Watch8 boleh susun pelan latihan khas ikut tahap kecergasan serta target korang dari 5km, 10km, sampai full marathon.
Paling best, AI akan ingatkan korang setiap hari untuk kekal konsisten. Tak ada lagi alasan “lupa” atau “malas nak fikir”!
2. Pemantauan Jantung Macam Ada Doktor 24/7

Masalah jantung dan tekanan darah tinggi semakin meningkat di Malaysia. Tapi ramai hanya sedar bila dah terlambat.
Menerusi Samsung Galaxy Watch8, korang boleh pantau Vascular Load, tekanan darah, kadar denyutan jantung, irama tak normal, dan buat ECG bila-bila masa sahaja. Kalau jalankan ECG di pusat rawatan terkenal mesti sudah tidak kosnya namun tidak dengan Samsung Galaxy Watch8.
Lebih meyakinkan, ia diperakui oleh Medical Device Authority Malaysia. Maksudnya bacaan yang korang dapat tu sahih dan boleh dijadikan rujukan.
Dengan info yang tepat, korang boleh bertindak awal untuk elakkan masalah kesihatan yang serius.
3. Teknologi Ukur Antioksidan Pertama Dunia

Pernah dengar pasal karotenoid? Ia adalah indikator tahap antioksidan dalam badan. Dalam erti kata lain, semakin tinggi karotenoid, semakin kuat pertahanan tubuh terhadap penyakit.
Dengan Samsung Galaxy Watch8, korang boleh ukur tahap karotenoid di kulit dalam masa beberapa saat je. Lepas tu, AI akan bagi cadangan macam mana nak tingkatkan tahap tu contohnya dengan meningkatkan pengambilan sayur dan buah-buahan atau tambah senaman tertentu.
Benda ni biasanya hanya boleh diukur di makmal khas namun semuanya tersedia di tangan korang. Serius cool!
4. AI Yang Betul-Betul Faham Badan Korang

Sebuah lagi perkara yang unik dengan Samsung Galaxy Watch8 ini adalah model ini dilengkapi dengan AI. Sebut mengenai AI, ini bukan AI biasa-biasa yang korang pernah tengok sebelum ni sebabnya model ini dilengkapkan dengan Google Gemini. Untuk pengetahun korang, Samsung Galaxy Watch8 merupakan jam tangan pintar pertama dunia dilengkapi dengan Google Gemini tau!.
Bezanya, AI ni bukan sekadar jawab soalan, tapi boleh analisis data kesihatan, kecergasan, tidur, dan stress korang.
Contohnya, kalau AI kesan tahap antioksidan korang rendah, Samsung Galaxy Watch8 ini boleh cadangkan menu harian yang lebih sihat. Kalau tidur tak cukup, korang akan diberikan tips untuk baiki pola tidur.
Pendek kata, Samsung Galaxy Watch8 ibarat team pakar kesihatan, dietitian, dan personal trainer dalam sebuah jam tangan pintar kecil.
5. Semua Ini Hanya Dengan Harga Bawah RM100 Sebulan!

Fuh, macam tak percaya! Kalau ambil personal trainer mesti tak dapat harga macamni. Bayangkan dengan semua fungsi yang tersedia, Samsung Galaxy Watch8 sedia untuk didapatkan dengan harga di bawah RM100 sebulan.
Nak tahu apa yang lagi best? Samsung sedia pembayaran bulanan secara ansuran 0% sehingga 60 bulan! Dalam erti kata lain, korang tak perlu lagi dapatkan nasihat berbayar atau personal trainer, segalanya informasi dan tracking tersedia di tangan korang sahaja. Menarik bukan?
Bukan itu sahaja, setiap pembelian Samsung Galaxy Watch8 atau Samsung Galaxy Watch8 Classic berpeluang mendapatkan Fabric Band atau Sport Band bernilai RM159! Pembelian aksesori juga ditawarkan dengan diskaun sehingga 30%.
Kalau korang ada Samsung Watch model terdahulu, Samsung sedia menerimanya dengan diskaun trade in sehingga RM200. Promosi luar biasa ini sedia untuk didapatkan menerusi setiap pembelian sebelum 31 Ogos tertakluk terma dan syarat.
Apa tunggu lagi? Inilah masanya untuk dapatkan ‘personal trainer’ korang dengan harga mampu milik. Samsung Galaxy Watch8 sedia untuk didapatkan dengan dua saiz berbeza iaitu 40mm dan 44mm serta dua warna berbeza iaitu White dan Graphite.
Ayuh ketahui lebih lanjut mengenai Samsung Galaxy Watch8 dengan klik di SINI. Lepas ni, tiada lagi alasan untuk pastikan fizikal dan mental korang terjaga dengan adanya ‘personal trainer’ dengan teknologi AI.








