berita

Nak Pilih Penapis Udara Yang Bagus Untuk Rumah Tapi Tak Tahu Cara? Ini Tips Untuk Korang!

April 16th, 2024 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Abang, kita pasang penapis udara nak?

Udara dalam rumah terdiri daripada habuk, debu, asap dan sebagainya. Bulu halus dan hama daripada haiwan peliharaan juga boleh menyebabkan kualiti udara di rumah merosot. Kena bersihkan setiap hari. Pening dibuatnya.

Sebahagian besar waktu kita dihabiskan di rumah. Oleh itu, kita perlukan udara yang sihat, bersih dan segar dalam rumah. Salah satu cara untuk dapatkannya adalah dengan menggunakan penapis udara yang berkualiti.

Nak pilih penapis udara yang bagus pun ada caranya tau. Ini antara tips yang korang boleh guna.

Tahu saiz keluasan ruang rumah korang.

Kredit: Ilham Dekorasi

Mula-mula sekali, korang kena tengok keluasan ruang rumah terutama bahagian ruang tamu, bilik dan dapur. Penapis udara yang bersaiz sesuai dengan kawasan dapat memastikan penapisan udara yang lebih berkesan.

Tentukan jenis penapis udara yang korang nak.

Kredit: Coway Malaysia

Ada beberapa jenis penapis udara. Kalau penapis HEPA, sangat baik untuk hapuskan hama, debunga, habuk halus dan asap rokok. Kalau penapis karbon diaktifkan, berkesan untuk perangkap bau dan bahan kimia. Pilih ikut keperluan korang.

Ada waranti yang berbaloi.

Kredit: Coway Malaysia

Nak pilih penapis udara yang bagus, korang kena semak waranti juga. Kalau berlaku sebarang masalah, boleh dibaiki atau diganti tanpa dikenakan sebarang kos. Itu yang ramai suka!

Pastikan ada servis & penyelenggaraan berkala.

Macam mana nak pastikan penapis udara korang berfungsi pada tahap terbaik? Kena la buat servis dan penyelenggaraan yang kerap. Jadi, pembersihan udara yang berkesan lebih terjamin.

Lepas korang guna tips ni, korang akan tahu la penapis udara yang sesuai untuk rumah korang.

Lagipun udara yang bersih di dalam rumah dapat memastikan kesihatan korang lebih baik. Sebab tu la korang perlukan penapis udara Coway untuk rumah korang!

Ini antara model penapis udara Coway yang terbaik untuk rumah korang

Korang boleh pilih antara ketiga-tiga model penapis udara Coway ni. Semuanya bagus dan berkualiti!

NOBLE | Daripada RM60*/sebulan

Kredit: Coway Malaysia

Kalau rumah korang mempunyai ruang yang besar, NOBLE memang sesuai untuk korang.

Penapis udara ni dilengkapi penapis 4D pertama di Malaysia dengan penulenan 360°. Cukup berguna untuk memerangkap, membersihkan dan mengalirkan udara dari setiap arah. Ia boleh meliputi kawasan sehingga 66m², sesuai untuk rumah yang ada ruang tamu yang besar.

Penapis Double HEPA empat segi penulen menyahaktifkan virus dan bakteria, manakala fungsi Pensterilan UV-C menyahaktifkan sehingga 99.9% bakteria. Dilengkapi 5 tapisan berbeza untuk aliran udara lebih tulen dan bersih berterusan.

Tahu tak? Penapis udara ni juga sangat sesuai untuk korang yang ada haiwan peliharaan di rumah tau.

Selain memiliki pra-penapis untuk rambut, bulu dan habuk, serta penapis asap untuk membuang gas berbahaya, ia juga ada penapis alergen untuk mengurangkan habuk hama dan alergen haiwan peliharaan. Siap ada penapis penyahbauan. So, rumah korang tak berbau.

Fungsi Mod TURBO yang dimilikinya cukup canggih untuk hari berjerebu. Habuk di udara boleh dikesan dengan lebih cepat. Paling best, ia mesra pengguna. Dengan hanya satu sentuhan, korang boleh pilih tetapan yang korang nak dengan mudah.

Kalau cerita pasal reka bentuk, memang cukup elegan dan minimalis. Nak alihkannya ke mana-mana pun senang sebab ada roda tersembunyi di bahagian bawah.

STORM II | Daripada RM29*/sebulan

Kredit: Coway Malaysia

Korang selalu bersih atau alahan hidung? Kami cadangkan korang dengan STORM II. Sangat berguna!

Penapis udara ni memiliki saiz filter 50% lebih besar dan menggunakan teknologi filter terbaharu iaitu Cooper HEPA Filter (H13). Dapat menyedut, menapis bakteria di udara, virus dan kulat hitam dengan lebih efisyen dan berkesan.

Fungsi Mod HAZE yang pintar dapat menyedut asap jerebu dan asap sekitar (asap masakan atau rokok). Dengan peredaran tiga hala, pencemaran udara dalaman dapat dielakkan.

Dengan mod ni, udara bilik korang akan jadi bersih dalam masa 10 minit tau Bagusnya!

Rumah korang penuh dengan barang? Tak perlu risau. Peredaran udaranya 2.5x lebih kuat dengan panjang angin sehingga 10 meter. Memang sesuai untuk rumah yang ada banyak perabot.

Tidur korang pun takkan terganggu sebab ada operasi senyap-bisik. Penapis udara ni 22% lebih senyap berbanding model sebelumnya.

Paling menarik, ia memiliki 35% kurang penggunaan tenaga. Lebih jimat elektrik. Saiznya pula elegan. Sesuai dengan trend rumah sekarang.

LOMBOK III | Daripada RM45*/sebulan

Kredit: Coway Malaysia

Nak tahu apa ciri menarik yang ada pada LOMBOK III? Ramai yang cukup puas hati setelah menggunakannya di rumah.

Penapis udara ni bukan setakat ada pra-penapis dan penapis habuk halus, malah ia ada kelebihan ciri RBD plasma yang berkesan menanggalkan kulapuk dan kuman.

Dengan 6 lapisan penapis, ia mampu menapis udara yang kotor, menyedut habuk, bau dan bulu halus binatang peliharaan. Boleh meliputi kawasan sehingga 50m². Nak letak ia kat ruang mana-mana pun sesuai!

Ia juga mempunyai indikator kualiti udara, LED yang berubah daripada warna biru kepada merah sekiranya udara tercemar. Selain tu, tambahan penapis debu halus iaitu fine dust filter menjadikan fungsi model ni lengkap sepenuhnya.

Ionizer System yang dimilikinya dapat hasilkan ion negatif untuk seimbangkan ion yang berada di ruang udara. Korang akan rasa lebih relaks dan nyaman di rumah.

Nak lagi senang faham, korang tengok la jadual kat bawah ni okay? Boleh la pilih yang sesuai untuk rumah korang nanti.

Penapis udara Coway dapat membantu meningkatkan dan memastikan kualiti udara di rumah korang terjaga dan bersih. Ia mampu mengurangkan pendedahan kepada asap dan habuk yang secara tak sengaja masuk ke dalam rumah.

Selain tu, penapis udara Coway juga disyorkan kepada mereka yang mempunyai alergi kepada habuk, debu, hama dan sebagainya. Pembantu rumah yang sangat berguna!

Jom rebut promosi Super Crazy Promo, ada diskaun 50%!

Paling best, sekarang Coway ada promosi Super Crazy Promo dengan diskaun 50%. Korang boleh nikmati rebat sehingga 50% untuk maksimum pembayaran sewa 6 bulan (bermula dari bil bulan kedua dan seterusnya). Hanya terpakai untuk pelan pembayaran 5 tahun dan 7 tahun.

Promosi ni kali pertama dibuat oleh Coway di pasaran Malaysia tau. Jangan lepaskannya guys!

Berminat untuk memiliki salah satu penapis udara Coway yang terbaik di rumah? Korang boleh klik SINI.

*Tertakluk pada terma dan syarat

SKIP THIS AD ×