berita

Nak Rasai Erti Keharmonian & Kemakmuran? Ini Sebab Korang Kena Datang Quill City Mall KL!

January 29th, 2018 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Quill City Mall KL buat sambutan besar-besaran Tahun Baru Cina kali ni… Bayangkanlah macam-macam aktiviti ada! Siap boleh menang tiket flight lagi. Kelas jah! Jadi, apa kata korang turun padang dan join aktiviti yang mereka dah plan untuk sambutan Tahun Baru Cina kali ni!

Kolaborasi dengan 8 TV! Meriah!

Untuk pengetahuan korang tahun ni, Quill City Mall KL sambut Tahun Baru Cina dengan tema Prosperity With Singing In The Spring ! Ianya kolaborasi bersama dengan 8 TV. Siap ada drama mini bersiri drama lagi untuk tontonan korang.

Antara pelakon yang terlibat dengan mini series Singing in the Spring!

Mini siri ni mengisahkan tentang 3 buah keluarga berbeza yang terlupa tentang makna sebenar sambutan Tahun Baru Cina sebab sibuk kejar kemewahan. So, Quill City Mall KL akan bawa korang rasa dan selami erti keharmonian dan kemakmuran yang sepatutnya wujud dalam kalangan masyarakat kita yang makin dilupakan sekarang.

Banyak aktiviti! Semua best-best…

Tak berhenti di situ, ada pelbagai aktiviti yang korang boleh join nanti. Yang paling penting korang kena join Grand Launch Prosperity With Singing In The Spring pada 27 Januari ni jam 1 petang. Ada macam-macam aktiviti pada hari tersebut. Nanti korang boleh jumpa dengan pelakon-pelakon mini series Singing In the Spring dan bergambar bersama mereka. Jangan lupa mereka ada tarian singa jugak pada hari tersebut! Live tau!

Tambah meriah pada 3 Februari nanti Quill City Mall ada buat tayangan perdana untuk Singing In The Spring The Movie, promo tour untuk CNY album dan pelancaran GOGO Wonderful a.k.a mobile truck! Mereka bahkan ada The Greatest International Circus khas untuk anda… Bestkan? Sebab tu korang kena singgah Quill City Mall KL dan rasai sendiri kemeriahannya.

Nak beli apa semua ada!

Bayangkanlah main Atrium mereka, jadi New Year market yang mana korang boleh cari hiasan rumah, barangan untuk cuci rumah dan juga pelbagai jenis kuih-muih serta limau mandarin! Semuanya untuk korang!

Banyak contest boleh join!

Oh ye! Sepanjang Sambutan Tahun Baru Cina berlangsung, ada pelbagai pertandingan yang dianjurkan. Antaranya ialah pakaian beragam, pertandingan melukis, pertandingan mewarna dan juga korang berpeluang menang pelbagai hadiah. Memang meriahlah habislah sambutan Tahun Baru Cina di Quill City Mall KL tahun ni.

Belanja & dapat banyak hadiah…

Apabila korang spend dengan mereka korang berpeluang untuk menang pelbagai hadiah menarik ye. Misalnya bila korang belanja RM 88 di sana, korang boleh dapat Ang Pao limited edition dan kalau korang spend RM 188 boleh pusing Wheels of Prosperity! Ada baucer beli-belah untuk dimenangi, lepas tu ada pas masuk ke Prosperity playland, ada pas masuk ke The Greatest International Circus tiket dan banyak lagi termasuklah Air Asia BIG Loyalty point.

** Tertakluk pada terma & syarat

Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk berkunjung ke Quill City Mall KL sekarang jugak. Mana tahu jumpa dengan God of Prosperity, nanti boleh dapat macam-macam hadiah yang awesome! Yang penting anda kena jalan-jalan dan stalk dulu God Of Prosperity ni nanti boleh la ‘pau’ dia hadiah menarik.

Boleh dapat tiket flight! Jom tebus mata anda!

Jangan lupa pulak yang setiap seringgit yang anda belanjakan di Quill City Mall KL. korang boleh tebus Air Asia BIG Loyalty points. Dah cukup 500 point nanti boleh la tebus tiket ke Beijing, Shanghai, Macau atau Hong Kong. Holiday gitu!

Isnin- Jumaat: RM 1= 2 mata

Sabtu- Ahad:RM 1= 1 mata

Sepanjang sambutan Tahun Baru Cina kali ini pelbagai aktiviti menarik bakal berlangsung di Quill City Mall KL dan lebih mengujakan Quill City Mall KL tak tutup pun masa sambutan Tahun Baru Cina nanti. So, nanti ajaklah family korang datang ke sana dan sambut Tahun Baru Cina anda dengan penuh keharmonian dan kemakmuran.

Waze: Quill City Mall KL

Google Maps:

The following two tabs change content below.

Most Read Today