
Setiap kali menjelang Syawal, ramai yang mula sibuk dengan pelbagai persiapan raya, dari mengemas rumah, mencari baju raya sehinggalah merancang menu makanan untuk tetamu.
Namun dalam kesibukan itu, ada satu perkara yang kadang-kadang kita terlupa iaitu menjaga diri sendiri terutama apabila jadual harian berubah sepanjang Ramadan, badan mudah terasa letih.
Apatah lagi bila hari raya tiba, aktiviti ziarah, makan bersama keluarga dan perjalanan pulang ke kampung boleh membuatkan tenaga cepat berkurang.
Sebab itulah sekarang semakin ramai rakyat Malaysia mula menjaga kesejahteraan diri supaya dapat menikmati momen raya dengan lebih bertenaga dan yakin.
Langkah kecil untuk rasa lebih baik sepanjang raya
Sebenarnya, perubahan besar tidak semestinya diperlukan untuk rasa lebih baik sepanjang musim perayaan. Rutin ringkas dalam kehidupan harian pun sudah cukup membantu.
Ramai yang dah mula memberi perhatian kepada perkara asas seperti memastikan badan dapat tidur yang mencukupi walaupun jadual berubah, kekal terhidrat sepanjang hari, memilih makanan yang lebih seimbang ketika sahur dan berbuka serta mengambil masa untuk berehat dan ‘recharge’.
Apabila badan terasa lebih sihat dan bertenaga, secara tidak langsung mood juga menjadi lebih positif dan kita dapat menikmati setiap aktiviti raya dengan lebih selesa.
Bila self-care jadi sebahagian daripada gaya hidup
Menariknya, cara orang melihat penjagaan diri kini juga semakin berubah, terutamanya dalam kalangan Gen Z dan golongan muda bekerja.
Kalau dulu self-care sering dianggap sebagai sesuatu yang ‘extra’, sekarang ia lebih kepada usaha untuk jadi versi diri yang lebih baik, dari segi tenaga, emosi dan keyakinan diri.
Sebab itu, jenama wellness seperti Swisse kini tampil dengan pendekatan yang lebih dekat dengan gaya hidup moden, menjadikan rutin penjagaan diri sesuatu yang mudah dan relevan, walaupun dalam kesibukan musim raya.
Bukan sekadar bergantung pada rutin asas, ada juga yang memilih untuk tambah sokongan dari dalam. Contohnya seperti Swisse Ultiboost Liva Pro, yang membantu menyokong fungsi hati apabila pola pemakanan berubah sepanjang perayaan.
Dalam masa sama, Swisse Ultiboost Astaxanthin Glutathione Plus pula jadi pilihan bagi yang ingin kekal nampak segar dan berseri, walaupun jadual padat dengan aktiviti ziarah dan perjalanan.
Akhirnya, bila penjagaan diri jadi sebahagian daripada rutin harian, kita bukan saja rasa lebih sihat tapi juga lebih yakin untuk menikmati setiap momen raya.
Beli & menang hadiah menarik sempena raya

Menariknya, sempena musim perayaan ini, mereka juga sedang menjalankan kempen khas di seluruh negara yang memberi peluang kepada pengguna untuk memenangi hadiah eksklusif.
Antara hadiah yang ditawarkan termasuk gelang emas daripada Habib Jewels bernilai RM2,176, anting-anting berlian bernilai RM636 serta kredit Touch ‘n Go eWallet bernilai RM20 sebagai hadiah saguhati.
Cara penyertaan pun mudah:
- Beli produk jenama ini dengan minimum RM60 dalam satu resit.
- Simpan resit pembelian.
- Hantar butiran penyertaan melalui WhatsApp (012-2218700).
Tempoh kempen berlangsung dari 1 Mac 2026 hingga 30 April 2026, jadi masih ada masa untuk turut serta.
Raya lebih seronok bila kita rasa baik dari dalam
Bagi yang ingin melangkah lebih jauh dalam menjaga kesejahteraan diri, ada juga yang memilih untuk melengkapkan rutin harian mereka dengan suplemen yang sesuai.
Antara yang menjadi pilihan ramai termasuk Swisse Ultiboost Liva Pro, yang diformulasikan dengan bahan seperti milk thistle, kunyit dan artichoke untuk menyokong fungsi hati serta membantu proses detoksifikasi semula jadi dalam badan.
Sokongan ini penting terutamanya ketika musim perayaan apabila pola pemakanan dan rutin harian berubah.
Selain itu, Swisse Ultiboost Astaxanthin Glutathione Plus pula memberi fokus kepada kecantikan dari dalam dengan gabungan antioksidan seperti astaxanthin, glutathione dan nicotinamide, yang membantu melawan radikal bebas serta menyokong kesihatan kulit agar tampak lebih berseri.
Gabungan penjagaan dalaman seperti ini membantu ramai untuk bukan sahaja rasa lebih sihat, tetapi juga lebih yakin ketika berjumpa keluarga dan tetamu sepanjang Syawal.

Hakikatnya, raya bukan sekadar tentang pakaian baru, rumah yang dihias cantik atau juadah yang banyak di atas meja.
Ia juga tentang bagaimana kita menjaga diri supaya kekal sihat, yakin dan bertenaga untuk menikmati setiap momen bersama keluarga dan orang tersayang.
Kadangkala, perubahan kecil dalam rutin harian sudah cukup untuk membuatkan kita lebih bersedia menyambut musim perayaan yang dinanti-nantikan setiap tahun.
Bagi yang ingin mula membina rutin wellness sendiri, rangkaian produk Swisse ini boleh didapati dengan mudah melalui stor rasmi mereka di Shopee Mall.
Untuk maklumat lanjut tentang inisiatif wellness mereka, korang boleh melayari laman rasmi di sini.







