Setiap tahun cerita dia sama.

Baju baru, kuih raya, tukar langsir, kemas rumah. Semua cantik, semua lengkap.

Tapi, kenapa rasa raya tu macam kurang sikit?

Kalau korang rasa vibe raya makin hambar, mungkin tahun ni kena buat sesuatu yang lain. Raya tahun ni, jangan sekadar selamat. Make it Slaymat.

1. Slay itu berani bagi nafas baru

Bayangkan sebuah kedai runcit kecil di pasar, dibina bersama arwah isteri, penuh kenangan dan gelak tawa.

Bila masa berlalu dan pasangan dah tiada, lesen pula hampir tamat, kedai yang dulu meriah jadi makin suram. Semangat pemiliknya pun makin hilang, macam tak ada sebab untuk teruskan.

Ramai orang mungkin akan biarkan je keadaan macam tu.

Tapi kadang yang perlu bukan tunggu benda jadi lebih teruk. Cukup ada seseorang yang berani ubah vibe, berani hidupkan semula tempat yang dah lama sunyi.

Sebab raya bukan sekadar tambah benda baru, tapi tentang bagi nafas baru pada sesuatu yang hampir padam.

2. Slay apabila berani untuk bertindak

Semua orang boleh tunggu keadaan berubah, tapi tak semua orang berani jadi punca perubahan.

Tiga beradik ni tak tunggu lesen tamat untuk mereka bertindak.

Kedai yang dulu biasa-biasa, tiba-tiba jadi spot slay untuk sambut raya paling meriah.

Slay bukan tentang nampak sempurna, slay adalah bila korang berani buat sesuatu demi orang yang korang sayang.

3. Slay bukan sekadar OOTD

Slay bukan cuma pasal baju atau tema sedondon satu keluarga.

Slay adalah bila korang berani buat sesuatu untuk orang yang korang sayang.

Buat surprise kecil untuk ibu ayah, upgrade sikit ruang tamu dan cipta momen baru yang boleh jadi kenangan nanti.

Kadang usaha kecil tu yang paling besar impaknya.

Rupanya inilah kisah di sebalik Slaymat Hari Raya tahun ini

Kisah Pak Mat dan tiga beradik tadi sebenarnya adalah jalan cerita filem raya terbaru daripada Mirinda sempena kempen Slay-mart Hari Raya.

TVC ni bukan sekadar kisah sebuah kedai atau persiapan raya.

Ia tentang seorang ayah yang perlahan-lahan kehilangan semangat selepas kehilangan pasangan hidup. Tentang senyuman yang makin jarang kelihatan dan tentang tiga anak perempuan yang tak pernah berhenti mencuba.

Mereka tak mampu kembalikan apa yang sudah tiada. Tapi mereka boleh hidupkan semula sesuatu yang hampir padam iaitu semangat ayah mereka.

Bila kedai itu kembali meriah, bila ayah mereka akhirnya tersenyum semula, momen tu memang buat hati rasa lain macam.

Itulah makna sebenar Slaymat Hari Raya. Bukan sekadar slay pada gaya, tapi slay pada rasa.

Ending dia memang buat ramai speechless.

Dalam setiap momen meriah tu, Mirinda jadi pelengkap meja dan suasana, cukup sinonim dengan warna-warni raya.

Raya slay, hadiah pun mesti slay

Menariknya, kempen ini bukan sekadar filem yang menyentuh hati. Mirinda juga membawakan peraduan Riang Raya Bersama-sama dengan jumlah hadiah keseluruhan bernilai sehingga RM1,000,000.

Tempoh peraduan berlangsung dari 1 Disember 2025 hingga 3 Mei 2026, jadi memang sempat untuk korang join sebelum dan semasa musim Raya.

Sepanjang tempoh peraduan, satu unit Proton e.MAS 7 (Premium) akan diberikan setiap bulan. Setakat ini dua pemenang telah diumumkan, dan masih ada peluang untuk menjadi pemenang ke-3 hingga ke-7.

Untuk ketahui lanjut boleh klik di sini.

Bayangkan raya tahun ni bukan setakat balik kampung dengan gaya, tapi mungkin dengan kereta elektrik baru terus. Memang lain macam feel dia.

Cara nak sertai pun mudah. Beli produk Mirinda dan imbas kod QR yang disediakan untuk hantar penyertaan. Lagi banyak penyertaan, lagi tinggi peluang untuk menang.

Raya bukan sekadar tentang gaya

Apa yang buat kempen ini istimewa adalah mesejnya. Raya bukan hanya tentang baju baru dan rumah cantik, tetapi tentang menghidupkan semula semangat orang yang kita sayang.

Tentang anak-anak yang tak pernah berhenti mencuba untuk melihat ayahnya tersenyum kembali.

Tahun ini, mungkin inilah masanya untuk kita slay bukan sekadar pada gaya, tetapi pada makna. Sebab bila keluarga kembali ceria, itulah raya yang sebenar.