Setiap kali hujung bulan, situasi dia hampir sama. Gaji baru sahaja masuk, tetapi komitmen terus menunggu.

Dari bil, keperluan rumah, hinggalah perbelanjaan harian, semuanya perlu diutamakan dahulu.

Dalam masa yang sama, keinginan untuk membeli barang yang sudah lama diidamkan masih ada. Jadi bagaimana hendak seimbangkan kedua-duanya tanpa rasa terbeban?

Jawapannya terletak pada cara berbelanja yang lebih fleksibel.

Boleh shopping tanpa bayar sekaligus

Kini, semakin ramai yang memilih kaedah ‘shop now, pay later’ sebagai alternatif untuk mengurus kewangan dengan lebih baik.

Melalui Grab, fungsi PayLater by Grab membolehkan pengguna membuat pembayaran sama ada pada bulan berikutnya atau secara ansuran, bergantung kepada kesesuaian bajet masing-masing.

Pengguna juga boleh memilih pelan ansuran 4, 8 atau 12 bulan untuk lebih fleksibiliti mengikut kemampuan kewangan semasa.

Jimat lebih dengan PayLater PayDay Deals

grab

Bagi yang menunggu waktu terbaik untuk berbelanja, sepanjang tempoh kempen PayLater PayDay Deals dari 25 hingga 31 Mac, pengguna boleh menikmati penjimatan RM10 dengan minimum perbelanjaan RM100.

Lebih menarik, bagi mereka yang berbelanja RM200 ke atas, ganjaran sehingga dua kali ganda GrabRewards (GrabCoins) turut ditawarkan sebagai bonus tambahan.

Untuk menikmati semua kelebihan ini, korang hanya perlu masukkan kod promo PLPAYDAY10 semasa membuat pembayaran menggunakan PayLater by Grab.

Semua tawaran ini hanya sah untuk online shopping dengan merchant terpilih.

Penggunaannya yang mudah

Bagi yang belum pernah menggunakan kemudahan ini, proses untuk mengaktifkan PayLater by Grab adalah ringkas.

Pengguna hanya perlu membuka aplikasi Grab dan pergi ke tab ‘Finance’, kemudian pilih PayLater dan aktifkan. Selepas itu, ikuti langkah pengesahan yang diberikan sehingga selesai.

Kemudian, apabila membuat pembayaran, pilih PayLater by Grab sebagai kaedah bayaran, tentukan sama ada mahu bayar bulan depan atau secara ansuran, masukkan kod promo dan lengkapkan transaksi.

Shopping lebih bijak, bukan sekadar ikut keinginan

kerja
Kredit: Red Dino

Berbelanja bukanlah sesuatu yang perlu dielakkan sepenuhnya, tetapi cara mengurusnya memainkan peranan penting.

Dengan pilihan seperti PayLater by Grab, pengguna masih boleh mendapatkan barangan keperluan atau barangan yang diingini tanpa memberi tekanan kepada aliran tunai semasa.

Ditambah pula dengan kempen seperti ini, setiap pembelian bukan sahaja lebih fleksibel, malah hadir dengan penjimatan dan ganjaran tambahan.

Jika sudah lama merancang untuk membeli sesuatu, mungkin ini masa yang sesuai untuk melakukannya dengan cara yang lebih tersusun dan bijak. Untuk maklumat lanjut dan nikmati tawaran ini, layari laman rasmi di sini.