berita

Nak Sambung Belajar Kat Overseas Tapi Tak Tahu Macam Mana? Jom Baca Cara Mudah Ni..

May 14th, 2018 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Bila cakap je pasal belajar kat luar negara, ramai yang mula merendah diri. Ada yang kata tak mampu sebab masalah kewangan, result exam cukup-cukup makan, dan macam-macam lagilah. Tak boleh macam tu. Kalau betul ada niat nak sambung belajar, kena confident. Baru awesome!

Ada tak antara korang yang teringin belajar kat UK? Bestnya kalau dapat sambung belajar kat sana kan. Bukan je dapat pengalaman baru, tapi boleh jugak dapat tengok tempat orang dan cipta moment indah kat sana. Sebenarnya ada cara mudah kalau korang nak sambung belajar kat UK tau. Nak tahu apa dia? Meh kami bagitahu..

Sambung belajar kat UK, IUMW ada jawapannya!

Haa, sekarang IUMW nak bagi peluang kat korang untuk sambung belajar kat UK. Menarik kan? International University of Malaya-Wales (IUMW) ni adalah kerjasama antara dua universiti terbaik dunia iaitu Universiti Malaya, Malaysia dan University of Wales, UK. Bukan calang-calang!

IUMW menawarkan program Dual Award dengan pilihan pemindahan kredit. Korang berpeluang untuk belajar kat UK sehingga 3 tahun kalau ikuti program ni. Seronok kan? Korang juga boleh habiskan satu semester di University of Wales tanpa yuran tambahan! Tu yang ramai nak dengar.

Paling menarik kalau korang pilih IUMW, sekali grad terus dapat dua ijazah sekaligus. Satu daripada IUMW dan satu lagi daripada University of Wales. Dahsyat betul ni. Kat IUMW je ada. Siapa yang tak nak?

Pengalaman pelajar IUMW di UK

Risau belajar kat UK sebab takut tak dapat sesuaikan diri? Mula-mula tu biasalah sebab tempat baru. Tapi dah lama-lama nanti mesti dah biasa. Kalau korang risau jugak, apa kata korang tengok komen-komen pelajar IUMW yang sambung belajar kat UK ni.

Semua orang di universiti sangat mesra! Saya terus mendapat info yang diperlukan. Paling best, saya dapat merasai suasana perayaan Welsh Christmas dengan gembira pada tahun lepas. Banyak aktiviti pelajar untuk dipilih.“, kata Farhana Kaniz Liouza yang merasa semesternya di Wales sebagai pengalaman hebat.

Muhammad Kaizen yang juga pelajar Dual Award tahun lalu berkata, “Pensyarah sangat hebat. Mereka memastikan kita memahami setiap perkara yang diajar. Kami juga belajar beberapa kemahiran belajar. Perbincangan di kelas membuatkan kita dapat menyesuaikan diri dalam mata pelajaran kita dan bercakap tanpa takut di dalam kelas.

Dunia yang berbeza. Berjauhan dengan keluarga menjadikan saya lebih bebas dan berani. Selepas berbual dengan orang dari seluruh dunia di kampus, saya lebih yakin dalam berkomunikasi. Saya juga perlu belajar sedikit bahasa Wales!” kata Kam Chun Wui, pelajar Perniagaan Antarabangsa di IUMW yang sangat mengkagumi budaya Welsh.

Wow! Banyak komen positif ni. Senang cerita, korang tak perlu risau kalau nak sambung belajar kat luar negara lepas ni. Di IUMW juga ada banyak kemudahan fasiliti yang terbaik. Confirm selesa. Tapi macam mana nak apply ya?

Jom serbu Hari Terbuka IUMW ramai-ramai!

Jom serbu Hari Terbuka IUMW yang diadakan bermula 18 Mei 2018 hingga 20 Mei 2018, dari jam 10 pagi hingga 5 petang. Korang boleh dapatkan maklumat dengan lebih details dan tengok sendiri kawasan sekitar kampus yang super awesome.

IUMW turut memberi biasiswa bernilai RM10 juta kepada sesiapa yang layak. Untuk info lebih lanjut, boleh klik sini sahaja. Kalau korang ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi di talian 03-26173131.

Jangan lupa untuk datang ramai-ramai ke Hari Terbuka IUMW. Banyak informasi terkini dan tawaran yang menarik di sana. Save the date guys. Jumpa kat sana!

SKIP THIS AD ×