berita

Nak Sambung Belajar, Tapi Buntu Bagaimana? Dengan Biasiswa TNB PRIME Scholarship Tiada Apa Yang Mustahil.

June 17th, 2022 | by Syamirul
Kini Trending

Adik-adik lepasan SPM mesti ada yang dah rancang nak sambung belajar dekat universiti kan? Dengan kos pembelajaran di pusat pengajian yang semakin meningkat, tentu memerlukan sokongan kewangan yang baik.

Pemilihan kerjaya pendidikan selepas SPM adalah sangat penting untuk masa depan yang cemerlang agar tidak tersalah langkah. Ramai je yang dah berjaya tau melanjutkan pelajaran ke dalam bidang pengajian yang diminati.

Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Tenaga Nasional (YTN) kini membuka peluang untuk adik-adik lepasan SPM 2021 untuk memohon penajaan Biasiswa TNB PRIME Scholarship. Mesti korang seronok kan?

Tawaran Biasiswa TNB PRIME Scholarship 2022 bagi pengajian peringkat Persediaan/Asas hingga Ijazah Sarjana Muda

Yayasan Tenaga Nasional (YTN) kini mempelawa semua warganegara Malaysia yang berkelayakan, lebih-lebih lagi adik-adik lepasan SPM untuk memohon Biasiswa TNB PRIME Scholarship untuk melanjutkan pengajian di Universiti Terkemuka Luar Negara dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Kalau korang nak tahu, permohonan biasiswa ini dibuka bermula 16 hingga 23 Jun 2022 ni tau. Semua permohonan perlu dilengkapkan dan hanya boleh dihantar secara online selepas keputusan rasmi SPM dikeluarkan.

Antara peringkat penajaan yang ditawarkan menerusi Biasiswa TNB Prime Scholarship adalah seperti berikut :

  •  Program Universiti Terkemuka Luar Negara bagi kemasukan peringkat persediaan hingga Ijazah Sarjana Muda
  •  Program Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) bagi kemasukan peringkat asas hingga Ijazah Sarjana Muda

Ini merupakan antara bidang yang ditawarkan :

Biasiswa TNB PRIME Scholarship di Luar Negara, pengambilan 2022

  • Kejuruteraan (Elektrik Kuasa)
  • Kejuruteraan (Renewable Energy)
  • Kejuruteraan (Kimia)
  • Data Sains

Biasiswa TNB PRIME Scholarship di UNITEN, pengambilan 2022

  • Kejuruteraan (Elektrik Kuasa)
  • Pengajian Bisnes (Sumber Manusia/Keusahawanan)
  • Sains Komputer
  • Bidang Pemasaran

Komitmen Yayasan Tenaga Nasional (YTN) dalam membangunkan modal insan yang cemerlang telah lama terbukti melalui program-program penajaan biasiswa di peringkat pengajian tinggi sejak dari tahun 1993 lagi. Hebat kan!

Mereka juga telah menyumbang lebih dari RM1.3 billion dan lebih 20,000 bantuan pendidikan untuk dianugerahkan kepada pelajar-pelajar cemerlang sebelum ini. Haaa….adakah korang yang seterusnya?

Apa tunggu lagi, cepat mohon sekarang dan jangan lepaskan peluang keemasan ini kerana perjalanan pendidikan korang mungkin bermula disini. Mohon sekarang tau, sebab tempat adalah terhad!

Syarat kelayakan Biasiswa TNB Prime Scholarship

Untuk korang yang berminat untuk memohon biasiswa ini, perlulah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Yayasan Tenaga Nasional (YTN).

Antara syaratnya ialah :

  • Pemohon berstatus Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak melebihi 19 tahun pada 1 Januari pada tahun permohonan dibuat.
  • Tiada adik-beradik yang sedang menerima tajaan biasiswa Yayasan Tenaga Nasional (YTN).
  • Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum dan mempunyai keperibadian dan ciri kepimpinan yang tinggi.
  • Bekas pelajar tajaan Yayasan Tenaga Nasional (YTN) yang pernah ditamatkan penajaan Yayasan Tenaga Nasional (YTN) adalah tidak layak memohon.
  • Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian di peringkat yang sama.

Mudah je kan? Ha…cepat mohon sekarang mana tahu rezeki korang dan tidak perlu lagi menanggung beban hutang pendidikan apabila tamat pengajian nanti.

“Terbang mari batang mengkudu,

Bawak balik sorang satu,

Jangan lekas kata begitu,

Belum cuba belum tahu.”

Tidak lupa juga, untuk korang yang nak mohon Biasiswa TNB PRIME Scholarship Luar Negara ni, harus lah sekurang-kurangnya lulus peperiksaan SPM 2021 dengan memperoleh minimum A dalam 8 subjek mengikut bidang pengajian yang akan ditawarkan.

Bagi Biasiswa TNB PRIME Scholarship UNITEN pula, korang harus lulus peperiksaan SPM 2021 dengan mencapai minimum A dalam subjek Bahasa Inggeris dan Matematik dan memperolehi minimum A- dalam 4 subjek mengikut bidang pengajian yang akan ditawarkan.

Semua calon perlulah lakukan permohonan atas talian bermula 16 Jun 2022 ini di portal permohonan Yayasan Tenaga Nasional (YTN) atau boleh klik sini. Mudah, cepat dan selamat!

Korang juga dinasihati untuk sentiasa membuat semakan di portal permohonan Yayasan Tenaga Nasional (YTN) dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat terkini.

Untuk maklumat lanjut, mengenai biasiswa yang ditawarkan ni korang boleh klik sini atau ke laman web rasmi Yayasan Tenaga Nasional (YTN).

SKIP THIS AD ×