berita

Nak Selamatkan Rumah Tangga, Sharnaaz Ahmad Enggan Cerai Noor Nabila

September 11th, 2019 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Umum mengetahui bahawa isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad iaitu Noor Nabila, sudah memfailkan penceraian terhadap suaminya di Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, baru-baru ini.

Terbaru, menerusi laporan Mstar, pelakon tersebut enggan menceraikan isterinya kerana ingin menyelamatkan rumah tangga yang telah dibina sejak dua tahun yang lalu.

Tinggal berasingan sejak Februari lalu

Menurut Hakim Syarie, Ahmad Mutaqqi Ismail, satu jawatankuasa pendamai harus dibentuk pada 30 September ini bagi tujuan mencari jalan penyelesaian. Terdahulu, peguam Sharnaaz iaitu Abdul Kader memaklumkan bahawa anak guamnya tidak bersetuju dengan tuntutan penceraian yang difailkan Nabila. Walau bagaimanapun, peguam yang mewakili Nabila memberitahu bahawa pelakon tersebut telah bersetuju dengan tuntutan cerai yang difailkan pada 27 Ogos lalu.

Terkejut dengan kenyataan balas

Menerusi laporan Berita Harian, Nabila menegaskan keputusan untuk berpisah adalah hasil persetujuan secara bersama di antara mereka. Namun, dia agak terkejut dengan kenyataan balas yang dilakukan Sharnaaz, seolah-olah tidak menjangkakan perkara ini.

Saya agak terkejut dengan kenyataan balasnya (Sharnaaz), seolah-olah dia tidak menjangkakan perkara ini (permohonan cerai). Sedangkan, kami bersetuju untuk bercerai selepas usaha untuk membaik pulih perkahwinan tidak berjaya. Selain itu, kami juga ingin menyelesaikan permasalahan ini secara baik, damai, aman dan waras. Semua itu dilakukan demi masa depan anak kami, Jebat Jayden. Apa sahaja yang terjadi, memang anak yang akan menjadi keutamaan kami, sekarang.

Tambah Nabila, dia menerima surat perjanjian cerai daripada Sharnaaz menerusi aplikasi Whatsapp dan pada masa yang sama, pihak peguam turut menghantar butiran tersebut melalui email.

Saya menerima surat perjanjian cerai itu daripada Sharnaaz pada 26 Ogos lalu. Dia juga meletakkan beberapa terma perceraian. Selepas berbincang dengan peguam saya, kami (saya dan peguam) bersetuju untuk memfailkan kes ini di mahkamah pada 27 Ogos. Buat masa ini, kami sedang menunggu hari perbicaraan.

Pada masa yang sama, Nabila tidak menidakkan mahupun mengiyakan mengenai sikap panas baran suaminya dan kewujudan orang ketiga sebagai punca penceraian mereka berdua.

Sumber: Mstar & Berita Harian

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.