berita

Nak ‘Show Off’ Buat Cabaran TikTok, Empat Lelaki Maut

July 10th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Seramai empat individu dilaporkan maut di Alabama dalam tempoh enam bulan lalu hanya kerana terjebak dengan cabaran di TikTok.

Cabaran TikTok

Menurut skuad penyelamat bandar Childersburg iaitu Kapten Jim Dennis, keempat-empat mangsa adalah lelaki. Cabaran tersebut memerlukan mereka melakukan pelbagai aksi berbahaya seperti backflip ketika bot sedang bergerak dalam kelajuan tinggi.

Susulan daripada cabaran tersebut, kesemua mangsa mengalami patah leher dan disahkan meninggal dunia serta-merta.

Pada Februari lalu, seorang lelaki maut selepas menyahut cabaran tersebut. Insiden itu dirakam isterinya dan lebih menyedihkan tiga anak mereka turut berada di dalam bot berkenaan.

Jim Dennis yakin, kesemua individu yang melakukan cabaran berisiko itu hanya kerana mahu berkongsi rakaman video di media sosial dengan niat untuk menunjuk-nunjuk kepada orang ramai.

Sumber: Daily Mail, New York Post

SKIP THIS AD ×