berita

Nak Staycation Di Hotel 5 Bintang Siap Ada Michelin Star Dining? Dengan MAE app Tiada Apa Yang Mustahil!

September 21st, 2023 | by Syamirul
Shout Out!

Zaman sekarang, mesti ramai dah gunakan sistem pembayaran secara online ni sebab lebih mudah, pantas dan selamat. Segalanya berada di hujung jari!

Haaa…Dengan menggunakan sistem transaksi dari MAE app ni, korang berpeluang memenangi penginapan di Hotel 5 Bintang yang cukup mewah dengan pengalaman makan di restoran Michelin Star Dining & banyak lagilah. Wow!

Macam tak percaya kan? Jom min tunjukkan macam mana korang boleh menang percutian idaman ni!

Nikmati staycation serba mewah dengan MAE app!

Dah penat-penat bekerja, mestilah nak relax sekali sekala betul tak? Korang pernah tak terbayang bercuti di hotel yang serba mewah, bilik yang luas dan katilnya yang empuk.

Makan pun di restaurant 5 star, lepas tu pergi spa untuk manjakan diri dengan urutan yang sangat menenangkan. Dah nama pun bercuti maka tak lengkaplah hari kalau tak pergi shopping kan?

Adakah percutian idaman ini hanya mampu kekal sebagai angan-angan?

Kalau nak jadikan ianya kenyataan, tunggu apa lagi cepat join kempen ni sekarang juga guys!

Ni min nak kongsikan antara hadiah yang bakal korang menangi melalui kempen ini :

Hadiah utama atau dikenali sebagai “The Ultimate Staycation” yang bernilai sehingga RM10,000 antaranya :

  • 3H2M staycation di RuMa Hotel and Residences di KL
  • Michelin Star Dining di Restoran Dewakan
  • Pengalaman spa di UR SPA di RuMa Hotel and Residences di KL
  • Baucar beli-belah bernilai RM1,000

Untuk setiap transaksi layak anda berpeluang untuk memenangi hadiah istimewa antaranya:

  • Penginapan 3H2M di Club Med Resort Cherating untuk dua orang bernilai RM3500
  • Baucar AEON bernilai RM200

Untuk pengetahuan korang, setiap hari Rabu korang akan dapat +2 peluang untuk memenangi hadiah seperti baucar Aeon atau ClubMed untuk semua jenis transaksi tau. Menarik kan!

*Tertaluk kepada terma & syarat yang ditetapkan

Senang jer kan nak  join kempen ni?

Berikut merupakan beberapa urus niaga yang boleh dilakukan untuk melayakkan korang join peraduan ini :

  • Membayar bil gunakan JomPAY
  • Scan & Pay dengan aplikasi MAE
  • Bayar dalam talian melalui FPX
  • Pemindahan melalui DuitNow
  • Tambah nilai prabayar/permainan & banyak lagi transaksi lain

Mudah jer kan!

Jom join kempen ‘Tap, Track, Win’ dari Maybank!

Sempena Hari Kebangsaan yang bakal tiba tak lama lagi, Maybank telah menganjurkan satu kempen yang boleh dikatakan peluang sekali seumur hidup tau.

Bermula dari bulan September ini, untuk sesiapa yang bertuah korang bakal memenangi pelbagai hadiah yang menarik dengan hanya menggunakan MAE app untuk membuat sebarang transaksi harian. 

Lagi banyak korang membuat transaksi lagi cerah lah peluang untuk menang. Jangan cakap min tak bagi tahu ya!

Agak-agak korang apa eh hadiah istimewa dari Maybank ni?

Hemm…Mesti best kalau dapat manjakan diri sekali sekala dengan urutan yang menenangkan betul tak. Nikmat betul!

Lepas dah urut-urut tu, dapat pulak rasa hidangan yang dibuat khas dari chef terkenal Malaysia. Ni baru betul ‘chef kiss’!

Makin excited pulak nak join kempen ‘Tap, Track, Win’ ni!

Semudah ABC dengan MAE app!

MAE app juga mempunyai fungsi yang akan memudahkan urusan harian korang tau. Biar Betul?

Antara fungsinya ialah :

  • Pembayaran boleh dilakukan dengan Scan & Pay
  • Membuat pembayaran bill menggunakan JomPay
  • Simpan duit untuk percutian dengan feature ‘Tabung’

Apa! Korang belum menjadi pelanggan Maybank? Jangan risau sebab korang boleh mendaftar akaun MAE dengan mudah secara percuma jer.

1 transaksi 1 penyertaan!

Dengan setiap transaksi yang dibuat korang bakal memenangi hadiah istimewa dan setiap Tracker yang lengkap korang berkemungkinan menang hadiah utama dari kempen ini. Wow!

Sepanjang tempoh peraduan ni korang kenalalah sentiasa track transaksi yang dilakukan tau baru cerah peluang untuk korang menang. Hehehe!

Antara langkah yang harus dilakukan ialah:

Langkah 1: Buka MAE app, klik pada halaman utama aktiviti (Tap, Track, Win).
Langkah 2: Selepas melengkapkan setiap transaksi yang layak, korang boleh melihat dengan serta-merta bilangan penyertaan yang telah berjaya.

Haaaa….Jangan lupa untuk sentiasa check in untuk dapatkan +1 entry dan berpeluang untuk memenangi hadiah istimewa tau. Jangan cakap min tak bagi tahu ya!

Excited tak? Min dah tak sabar nak join peraduan ni mana tau menang hadiah utama mereka.

Untuk maklumat lebih lanjut korang boleh ke laman web rasmi Maybank atau laman Facebook mereka.

SKIP THIS AD ×