berita

Nak Tahu Antara Aktiviti-Aktiviti Yang Boleh Buat Duit? Ada Yang Sampai 6 Angka!

January 13th, 2021 | by Nurul
Kini Trending

Kredit: money.usnews.com

Selain membuat bisnes secara online, sekarang ni ramai yang memilih untuk melakukan aktiviti yang boleh mendatangkan hasil dan sememangnya menguntungkan. Jangan tak percaya, kadang-kadang pendapatan daripada aktiviti suka-suka ni boleh mencecah sehingga ribuan ringgit tau!

Yang penting kenalah betul-betul fokus dan kena dengan caranya. Jom kami kongsikan antara aktiviti-aktiviti popular kini yang boleh menjana sehingga 6 angka. Wow! Biar betul?

Main permainan video / streamer

Kredit: Mashable SEA

Sekarang ni boleh kata ramai yang berlumba-lumba nak jadi streamer. Kalau korang scroll je media sosial, mesti akan nampak pelbagai content live streaming tengah main game, ataupun buat review.

Lagi menarik content atau lagi bagus cara streamer berinteraksi dengan followers, semakin tinggilah viewers dan lebih banyak income yang boleh dibuat. Silap-silap pendapatan korang boleh cecah sehingga puluhan ribu setiap bulan tau. Ada yang dibayar dalam USD pulak tu. Pergh!

Kumpul koleksi barangan bundle

Kredit: Harian Metro

Mesti ada yang tertanya-tanya barang bundle ataupun terpakai ni ada nilai ke? Haa..jangan tak tahu, barangan bundle macam t-shirt, topi, kasut dan permainan ni ada peminat dan pengumpulnya yang tersendiri di seluruh dunia tau.

Lagi rare dan susah nak dapat barang tu, lagi tinggi harganya di pasaran. Sebab tulah ada yang sanggup beli sehingga beribu-ribu ringgit, sebab boleh dijual semula dengan harga berlipat kali ganda dari harga asal!

Personal shopper

Kredit: www.thefunsizedlife.com

Seriuslah dengan window shopping boleh jana income yang masyuk? Dari dengan suka-suka berjalan dari satu kedai ke kedai dan bandingkan harga, jenama dan kualiti, ramai yang akhirnya beralih untuk menjadi personal shopper kerana hasilnya memang menguntungkan!

Bukan susah pun, buka group di Whatsapp atau Telegram, kumpul order, buat delivery ke pelanggan dan jana pendapatan lumayan dengan mudah!

Join peraduan atau lucky draw

Kredit: LinkedIn

Dalam hati, teringinlah nak beli barang tu, tapi mahal. Sayang pulak duit. Apa kata cuba nasib join peraduan, mana tahu menang!

Haa, jangan tak percaya, ada yang sampai ketagih nak sertai peraduan. Segala jenis peraduan atau lucky draw, semua dia nak sertai. Yelah, tak keluar modal pun, untung-untung boleh menang wang tunai dan hadiah best!

Nak buat duit dengan mudah? Jom sertai peraduan Cari, Kumpul & Menang Mamee Monster!  

Pstt..kami ada berita baik untuk korang ni! Bermula 4 Januari hingga 28 Mac 2021 ni, korang berpeluang untuk memenangi hadiah utama dan hadiah mingguan yang lumayan dengan menyertai misi mencari sachet berwarna emas dan biru dalam pek Mamee Monster Snek Mi 25g!

 

Siapa cepat dia dapat!

Hadiah Utama:

Alat permainan elektronik yang berjenama x5 pemenang

Hadiah Mingguan:
Wang tunai bernilai RM200 x120 pemenang

Apa yang korang perlu lakukan adalah: 

  • Langkah 1: Beli sebungkus Mamee Monster Snek Mi 25g
  • Langkah 2: Cari sachet berwarna emas yang disembunyikan secara rawak atau kumpul 10 sachet berwarna biru daripada pek Mamee Monster Snek Mi 25g
  • Langkah 3: Tampal sachet emas atau sachet biru pada borang peraduan dan jawab soalan: “Adakah Mamee Monster berwarna biru?”
  • Langkah 4: Hantarkan borang peraduan ke alamat berikut: PO Box 11, Pejabat Pos Jalan Klang Lama, 58700, Kuala Lumpur

Jangan lupa muat turun dan isi borang penyertaan DI SINI. Sertakan bersama sachet yang dikumpul dan hantarkan penyertaan korang. Siapa tahu, mungkin korang antara yang bertuah untuk bawa pulang hadiah utama! Mudah je kan? Apa lagi tunggu, jom beli Mamee Monster Snek Mi di kedai runcit, kedai serbaneka atau petromart berdekatan korang dan sertai peraduan Cari, Kumpul & Menang hari ini juga!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Mamee Monster serta follow Facebook atau Instagram Mamee Monster untuk sebarang update terkini.

SKIP THIS AD ×