berita

Nak Tahu Mi MAGGI® Goreng Siapa Yang Menjadi Pilihan Hati Rakyat Malaysia?

September 13th, 2019 | by Nurul
Kini Trending

Siapa sini suka makan Mi MAGGI® Goreng? Dari timur ke Barat, muda atau tua, Mi MAGGI® Goreng selalu menjadi pilihan rakyat Malaysia!

Haa..macam yang korang tahu, baru-baru  ni, MAGGI® telah mengadakan satu pertandingan masakan iaitu #MAGGIgorengMYstail yang bertujuan untuk mencari Raja/Ratu Mi MAGGI® Goreng Malaysia 2019! 

Korang nak tahu resipi siapakah yang berjaya menjadi juara? Check this out..

Rebus, Rencah, Goreng!

Bertemakan 3 langkah mudah iaitu Rebus, Rencah, Goreng, pertandingan Raja/Ratu Mi MAGGI® Goreng Malaysia 2019 ni diadili oleh CEO Nestlé (Malaysia) Berhad, Encik Juan Arnols, Pegawai Eksekutif Perniagaan, MAGGI, Nestlé (Malaysia) Berhad, Cik Geetha Balakrishna, duta MAGGI Sheila Rusly dan Chef Korporat Nestlé Malaysia, Abdul Muluk.

Sepanjang 5 minggu pertandingan ini berlangsung, terdapat lebih daripada 760 penyertaan dengan pelbagai resipi Mi MAGGI® Goreng citarasa Malaysia yang enak!

Memang sengit betul saingan dari peserta-peserta Raja/Ratu Mi MAGGI® Goreng Malaysia 2019. Mana taknya, hanya 3 resipi yang terpilih ke peringkat akhir, sekaligus merebut gelaran Raja/Ratu Mi MAGGI® Goreng Malaysia 2019. Mereka yang terpilih harus melalui cabaran memasak dengan hanya 15 minit untuk menghasilkan Mi MAGGI® Goreng dengan rasa terbaik mengikut citarasa rakyat Malaysia!

Nak tahu siapa yang jadi Raja/Ratu Mi MAGGI® Goreng Malaysia 2019?

Antara 3 resipi yang terpilih adalah..

MAGGI Goreng Ulam oleh Norizah Husain, Selangor

MAGGI Goreng Kam Heong oleh Norul Aimy Abdul Halim, Pahang

MAGGI Goreng Bunga Telang oleh Hafiza Abu Muaddah, Johor

Pemenangnya adalah…

Jeng..jeng..jeng..pemenangnya jatuh kepada Hafiza Abu Muaddah dengan resipinya Mi MAGGI® Goreng Bunga Telang, sekaligus melayakkan beliau untuk menjadi Ratu Mi MAGGI® Goreng Malaysia 2019! Haa..memang kreatif betul resipi ciptaan beliau ni tau.

Mengambil inspirasi dari juadah Nasi Kerabu yang menggunakan bunga telang sebagai pewarna semulajadi, beliau juga melengkapkan resipi Mi MAGGI® Goreng Bunga Telang dengan menambah ulam-ulaman sebagi pelengkap rasa.

Mi MAGGI® Goreng Bunga Telang

Tahniah diucapkan kepada Puan Hafiza Abu Muaddah dan semua peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan Raja/Ratu Mi MAGGI® Goreng Malaysia 2019! Anda semua memang hebat!

SKIP THIS AD ×