Uols tahu kan cakoi ni apa? Haa, sejenis doh berbentuk panjang, berwarna perang keemasan bila siap dimasak, ia dimasak dengan cara bergoreng, menggunakan minyak yang banyak dan merupakan satu masakan orang Cina dan di Indo-China.
Cakoi ni juga berasal dari China, selalunya akan dimakan dipagi hari atau petang-petang kalau orang Melayu la, but Chinese selalu makan untuk breakfast.
Boleh dimakan dengan pelbagai cara. Sedap okay!
Selain dimakan dengan bubur, cakoi juga boleh dimakan dengan kaya, sambal belacan, cheese sauce, durian, peanut sauce dan bermacam-macam cara lagi lah.
Untuk Indonesian, mereka makan cakoi cecah dgn sambal tau. Rasa macam mana lah agaknya kan? Mesti sedap. Korang kena TRY! Mhmmm ~
Kebiasaannya, cakoi ni akan dimakan ketika sarapan bersama bubur nasi, kanji atau air kacang soya. Nyum sedap kan?
Cakoi kosong pun sedap tanpa apa-apa dip sauce tau!
Cakoi ini juga dikenali sebagai ‘Patongko’. Ia berasal dari Thailand yang juga merujuk kepada kuih jenis ini. Cakoi ini digoreng dengan minyak yang banyak.
Cakoi dibuat secara panjang hingga 2 kaki dan disatukan ditengah. Sangat simple dan mudah untuk buat cakoi ni sebenarnya tau!
Bosan lah makan nasi lemak, goreng pisang, karipap etc. Nak makan something yang simple sikit lah..
Asyik-asyik breakfast makan nasi lemak, roti dengan telur, karipap, sandwich. Hmmm macam nak tukar menu makanan pagi tapi tak tahu nak makan apa?
Haaa, admin ada idea best! Jom tukar menu breakfast korang kepada cakoi! Hehe sedap tau. Macam-macam cara uols boleh makan cakoi ni.
Sekarang lebih mudah untuk satisfy korang punya cakoi craving pada bila-bila masa korang nak. 4 am pun dah ada cakoi tau. Whoaaa, dekat mana tu eh?
Pssst…McDonalds Ada Keluarkan Menu Breakfast Baru. Nak Tahu Apa Tak?
Taraaaaa, surprise surpriseeeee!!
Yessss. Sekarang korang dah boleh makan cakoi dekat McDonalds tau. Favorite korang sekarang boleh didapati seawal 4 am hingga 11 am tau. Takde lah korang tunggu sampai petang untuk beli cakoi tepi-tepi jalan tu kan.
Drive thru untuk beli cakoi sahaja pun boleh tau, tak perlu bersusah payah beratur panjang dekat kaunter. Hehe
Nikmati cakoi emas yang dicelup dalam kaya aromatik atau dengan semangkuk bubur atau air susu soya. Uish sedap giler ni! Rugi tak try tau..
Bagi mereka yang suka manis, anda boleh mencubanya dengan coklat dan strawberi topping juga! Macam-macam cara korang boleh nikmati. Yang penting rasa sedap ~