berita

Nak Tenangkan Fikiran Jalan Tepi Pantai, Gadis Cemas Terperangkap Air Pasang & Terpaksa Panjat Batu!

August 10th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Lumrah manusia jika berasa resah gelisah pasti ingin mencari ketenangan. Namun, terdapat sesetengah individu lebih memilih untuk bersendirian dan ada juga di antara mereka yang ingin berada di tempat tenang seperti di tepi pantai.

Sesat tak jumpa jalan balik

Menerusi beberapa video yang dimuat naik oleh seorang gadis dikenali sebagai Acugesic di TikTok, berkongsi kisah yang tidak akan dilupakan olehnya apabila dia sesat dan tidak menemui jalan keluar dari pantai.

Gadis ini mengakui gemar berjalan seorang diri malah kadang-kadang dia akan berjalan jauh dari rumahnya. Hendak dijadikan cerita, gadis berkenaan nekad membawa diri berjalan di tepi pantai Teluk Mak Nik, Kemaman dengan hanya berbekalkan sebuah telefon bimbit miliknya.

Saya memang suka jalan seorang diri.

Ketika melayan diri di tepi pantai, gadis terbabit tersedar bahawa dia menemui jalan keluar sehingga terpaksa memanjat batu di pantai bagi mengelakkan dirinya daripada dibawa arus air pasang.

Lepas 2km jalan tepi pantai, baru rasa macam eh lamanya kita jalan tapi still teruskan juga jalan sebab kalau nak patah balik macam jauh. Kena panjat batu-batu sebab air dah naik dan tait nak lalu air sebab over thinking kalau ada apa-apa dalam tu ke kena sedut dalam pasir ke. Memang harapkan keajaiban dari Allah je masa ni.

Setelah berjam-jam tidak menjumpai jalan keluar, dia kemudiannya mengambil telefon bimbit lalu menghubungi pasukan penyelamat. Akhirnya, gadis terbabit berjaya keluar dari pantai tersebut, namun apa yang menyeramkan adalah seorang anggota polis memberitahunya bahawa kawasan tersebut agak ‘keras’ dan menasihatkannya untuk membersihkan diri sebaik sahaja tiba di rumah.

Rescue bagitahu kawasan kita masuk tu memang keras sikit tapi alhamdulillah kat kita tak jadi apa-apa. Balik tu pun memang terus mandi dan solat.

Suka berjalan seorang diri

@acugesic Replying to @moonhalim ? Sempurna Full Cover On yt Albayments – albay

Tempat memang ‘keras’

@acugesic Replying to @mimiekayy ? Sumpah dan cinta matiku – Nidji

@acugesickalau baru balik dari hutan atau pantai, bersihkan diri dulu sebelum buat benda lain. jangan terus tidur walaupun dah penat sangat.? follow me – ???????

Sumber : Acugesic

SKIP THIS AD ×