berita

Nak Try GrabFood Dine-In Baucar & Dapat Diskaun Best Sempena Hari Malaysia Ni? Ini 5 Restoran Rating Tertinggi Korang Boleh Kunjungi!

September 15th, 2023 | by Syakilla Marzuki
Shout Out!

Pernah tak bila korang scroll Grabfood untuk cari makanan dan beli, bila sampai je makanan tu, rasa dia memang sedap dan berbaloi untuk korang. Kadang-kadang macam tertanya-tanya dekat manalah restoran mereka ni…Kalau boleh lepasni terus dine-in je, kan senang!

Dah, jangan risau! Kalini Grab telah memperkenalkan ciri GrabFood baharu yang dipanggil GrabFood Dine-In untuk semua pengguna mereka. 

Paling menarik, sempena Hari Malaysia yang bakal tiba tak lama lagi, ada banyak kelebihan yang korang boleh dapat seperti baucar diskaun dan macam-macam lagi.  

Jadi, jom min rekomen 5 restoran yang dapat rating tertinggi yang korang boleh pergi serta kongsikan manfaat lain yang korang boleh gunakan nanti! 

Boleh cek butiran & tempah GrabCar untuk terus ke restoran!

Antara perkara yang menarik bila dah ada feature dine-in ni bila korang boleh tahu profil dan butiran penting restoran dengan cepat seperti menu, waktu buka, lokasi, serta penilaian dan ulasan daripada kaki-kaki makan yang lain.

Selain itu, ciri ini juga dipautkan dengan fungsi GrabCar untuk memudahkan korang untuk tempah perjalanan terus ke restoran tersebut. Jadi, kalau restoran tu jauh sekali pun dengan tempat korang, dah tak ada alasan lagi untuk korang tak pergi dine-in dekat sana.

Ada penjimatan hebat dengan baucar diskaun hingga 50% untuk setiap restoran terpilih!

Bukan setakat boleh pergi dine-in je, malah korang juga boleh nikmati baucar diskaun hingga 50% tau dekat restoran yang terpilih. 

Yang penting korang kena beli dulu baucar tersebut di Grab. Sebagai contoh, korang boleh membeli baucar RM100 pada harga RM80. Dari situ korang boleh dapat penjimatan sebanyak 20% dan menggunakan baucar dine-in bila korang makan dekat restoran tersebut! 

Fuhh, memang berbaloi betul kan? Jadi, cepat-cepat lah rebut baucar diskaun sempena Hari Malaysia ni. Nanti dah tak ada, rugi pulak korang! 

Ini antara 5 senarai restoran yang korang perlu try nanti! 

Menariknya ciri baharu ni! Ha…jom tengok satu per satu senarai 5 restoran yang mempunyai rating tertinggi di GrabFood yang korang boleh cuba untuk menjamu selera nanti!

1. Hawker Hall

Korang yang dari Lembah Klang tu mesti pernah dengar nama restoran ni kan? Kalau korang nak tahu, Hawker Hall ini merupakan restoran kopitiam moden yang sesuai dengan citarasa rakyat Malaysia.

Mereka menyajikan makanan tempatan yang mesra Muslim dan beberapa makanan Asia klasik seperti Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah, Penang Char Kuey Teow dan banyak lagi menu yang menarik. 

Waktu Operasi: 9.00 pagi-10.00 malam

Alamat: 22, Jalan Sri Hartamas 8, Taman Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

2. HOPE Coffee

Mana peminat kopi tu, sila muncul! Ini memang tempat korang guys! Nak lepak-lepak chill sambil hirup secawan kopi memang nikmat betul.

Dekat sini, mereka menyediakan pelbagai jenis kopi yang diperbuat daripada 100% biji Arabica dengan harga serendah RM4.90 secawan je tau!

Paling best, korang boleh nikmati bersama croffle dan roti bakar juga! Resepi ataupun menu ini diilhamkan dari Seoul, jadi memang agak special lah!  Roti bakar pun dihidang fresh mengikut tempahan korang. Orang kata setiap gigitan tu memang umphh lah!

Siapa-siapa yang tak tahu nak lepak kat mana dan nak makan apa nanti, boleh lah try kopi dan roti mereka di sini pulak!

Waktu Operasi: 8.00 pagi-8.00 malam

Alamat: Lot G-09,Ground Floor, Damansara City, 6, Jalan Damanlela, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

3. Nan Yang Classic 

Korang suka tak menu-menu makanan tradisional kopitiam? Bila makan tu mesti teringat-ingat kan? Yang paling min suka, mestilah makanan dekat Nan Yang Classic. Mereka menampilkan keistimewaan daripada pelbagai masakan Cina yang diselitkan dengan Asia Tenggara tau! 

Antaranya adalah roti canai dengan kari ayam, nasi ayam roasted, Ipoh Hor Fun Soup, Penang Prawn Mee dan macam-macam lagi. 

Bukan makanan berat saja, kalau nak makan snek pun ada seperti Keropok Lekor Kelantan, Sate Kajang, Rojak Buah Nan Yang. Fuhhh dengar nama-nama makanan tu pun dah sedap kan! 

Menariknya, Nan Yang Classic juga mengambil langkah yang lebih jauh untuk masakan mereka untuk menarik lebih ramai pengunjung, terutamanya pelancong antarabangsa, tentang evolusi hidangan tempatan dan falsafah santapan Cina. 

Kalau korang tertanya-tanya macam mana rasa makanan dekat sini? Boleh pergi sekarang!

Waktu Operasi: 24 jam

Alamat: L2M-17 & 18, Gateway@klia2 mall

4. Nasi Ayam Crispy Besar Lengan 

Cakap pasal nasi ayam, mesti korang pernah cuba sebelum ni. Nasi Ayam ialah salah satu menu turun temurun yang di olah daripada pelbagai jenis bangsa, dan sedap dimakan bersama rakan- rakan dan keluarga. 

Buat korang yang tercari-cari di mana restoran nasi ayam yang sedap, boleh lah pergi ke Nasi Ayam Crispy Besar Lengan ni! Dengar cerita, kebanyakan pelanggan yang datang makan disini sebab isi ayamnya yang banyak dan sambal istimewanya yang sedap.

Ayamnya pula dipanggang cukup garing tapi dagingnya masih lembut. Cukup sedap dan menyelerakan.

Waktu Operasi: 9.00 pagi-6.00 petang

Alamat: Lot 7608, Jalan Besar Batu Satu,43900 Sepang Selangor Malaysia.

5. Rafa Food ( The Little Hot Wok) Kampung Bharu 

Bertempat di Kampung Baru, Kuala Lumpur, Rafa Food (The Little Hot Wok) terkenal dengan aneka Sizzling dan Claypot, untuk rasakan aroma sizzling yang panas lagi meletup, korang boleh datang sini.

Mereka juga mempunyai pelbagai jenis masakan seperti goreng-goreng, masakan panas dan lain-lain, harga semestinya berpatutan.

Waktu Operasi: 10.00 pagi-12.00 malam

Alamat:  49, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kampung Bharu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Nak beli baucar dine-in diskaun hingga 50% untuk guna dekat restoran tu nanti? Ikut cara ni!

Mesti korang dah tak sabar nak guna ciri GrabFood dine-in ni kan? Siap boleh dapat baucar pula tu, dapat la jimat banyak! Tapi, tak tahu macam mana nak buat? Korang ikut je langkah dibawah ni:

Langkah 1: Pilih “Dine In” pada halaman utama GrabFood

Langkah 2: Seterusnya, masukkan alamat atau lokasi anda serta pilih restoran berdekatan

Langkah 3: Kemudian, pilih dan beli baucar dine-in makanan di restoran pilihan anda.

Tadaaa! Senang je kan?

Tunggu apa lagi? Jom lah serbu restoran menarik  di GrabFood Dine-In sekarang!

Korang jangan pening-pening dah nak pilih restoran mana untuk makan, pergi je cari dekat GrabFood confirm jumpa!

Untuk maklumat lanjut tentang ciri dine-in ni, boleh pergi ke aplikasi Grab sekarang!

SKIP THIS AD ×