berita

Nak Tukar Kereta? Ini 5 Sebab Kenapa Korang Kena Jadikan Honda HR-V RS Pilihan #1

December 12th, 2019 | by Epul
Sponsored Post

Korang ada baca tak tentang Belanjawan 2020? Kalau ada mesti korang tahu tentang Program Subsidi Petrol (PSP) yang akan dilaksanakan pada bulan Januari 2020. Baik cepat-cepat pergi check korang layak ke tak dapat subsidi tu.

Jadi, siapa yang layak untuk menyertai PSP tu, untunglah. Bagi korang yang tak layak ni? Daaah, nak kena jimat minyak pulak. Alih-alih, nak senang jimat minyak, pergi balik kerja naik pengangkutan awam. Jenuhlah nak bersesak tiap pagi…

Tapi, admin ada cara lain yang korang boleh cuba untuk jimatkan penggunaan minyak. Antaranya memandu Honda HR-V RS ke tempat kerja yang memberi penjimatan minyak berganda. Betul ke Honda HR-V RS ni jimat minyak?

Betul, ia mampu pergi sejauh 15.4km/liter*

*Berdasarkan keputusan ujian UN R101 yang dijalankan terhadap HR-V RS

Disebabkan Honda HR-V RS ini dikuasakan oleh enjin 1.8L i-VTEC SOHC, jadi pecutan yang diberi lebih lancar, mengurangkan jejak karbon dan memperbaiki kecekapan penggunaan bahan api supaya lebih jimat.

Dan sebab itu juga, Honda claim bahawa model HR-V RS ini mampu pergi sejauh 15.4km/liter atau 6.6 liter setiap 100km. Not bad kan? Memang sesuai untuk korang yang nak jimat minyak…

Lebih mantap dan bergaya

Selain jimat minyak, Honda HR-V RS ini dari luar nampak lebih sporty dan menarik walaupun masih mengekalkan reka bentuk signature kereta Honda yang dikenali sebagai Solid Wing Face.

Tapi, Honda upgrade lampu utama, lampu nyalaan siang (DRL), lampu kabus dan lampu belakang so nampaklah lain sikit.

Selain itu, model HR-V RS ni hadir dengan rim aloi dwitona bersaiz 18 inci, rekaan gril hadapan yang lebih garang selain bumper hadapan dan belakang terkini yang meningkatkan penampilannya. Memang cun habis!

Ruang kabin lebih luas

Ramai daripada kita memerlukan ruang kabin yang luas untuk memunggah barang selepas balik dari membeli barang dapur, menghantar anak ke sekolah dan sebagainya. Jadi, Honda HR-V RS ni memang sesuai untuk korang sebab ruang kabinnya sangat luas!

Malah, ia juga dilengkapi tempat duduk full leather yang membuatkan ianya lebih elegan dan mewah!

Paling admin suka, fungsi dalam kabin Honda HR-V RS ini juga not bad. Ia dilengkapi Pedal Penukar Gear (Paddle Shift), Tempat Duduk 8 Talaan Kuasa untuk pemandu dan pedal sport untuk pemanduan lebih selesa. Boleh tahan, luar dalam sporty habis!

Untuk bahagian kargo pula, ruang Honda HR-V RS direka lebih luas, praktikal dan dilengkapi fungsi boleh laras serta mempelbagaikan mod konfigurasi supaya boleh disesuaikan untuk keperluan. Nak angkut barang panjang boleh, barang besar pun tak ada masalah!

Dilengkapi sistem stereng Variable Gear Ratio (VGR)

Tak cukup dengan fungsi hebat tadi, Honda HR-V RS juga dilengkapi sistem (VGR) yang mampu mengubah nisbah gear dan jumlah sudut stereng secara automatik berdasarkan kelajuan kereta. Maksudnya, masa korang tengah memandu, stereng dapat memberi input lebih baik.

Jadi, korang akan rasa lebih yakin ketika memegang stereng dan pergerakan tangan juga dapat diminimumkan!

Kalau kita tengok dalam pemanduan dunia sebenar pula, ciri ini sangat berguna ketika memandu di laluan yang banyak selekoh. Korang pun tak letih memandu dan kalau korang nak tahu, sistem VGR ini sangat berguna di ruang parkir sebab ia menambah baik tindak balas stereng!

Ciri keselamatan dipertingkatkan

Bila cakap pasal kereta ni, keselamatan mestilah menjadi keutamaan sebab nyawa atas jalan tiada gantinya. Justeru, ciri keselamatan pada Honda HR-V RS dah tak perlu dipersoalkan kerana ciri-ciri keselamatannya kini dipertingkatkan pada tahap terbaik.

Sebab, ciri keselamatan yang mula diperkenalkan pada Honda Accord sebelum ini iaitu Honda LaneWatch kini ditambah pada Honda HR-V RS!

Sebuah kamera kecil akan dipasang pada bahagian bawah cermin sisi sebelah penumpang, jadi pemandu nampak apa yang ada di sebelah kiri keretanya sebelum masuk ke selekoh atau menukar laluan. Bagus kan?

Bukan tu je! Honda HR-V RS juga dilengkapi kamera undur pelbagai sudut demi kemudahan pemandu. Ia turut disertakan enam beg udara, Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS), Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA) dan Bantuan Mula Mendaki (HSA).

Jom kunjungi pengedar sah Honda sekarang!

Amacam? Lepas admin share ciri dan fungsi yang diperkenalkan pada Honda HR-V RS ni, apa pandangan korang? Hebat kan? Rasa nak beli kan? Apa lagi, jomlah ke pengedar sah Honda dan test drive sekarang!

Tempah sekarang dan bawa pulang kereta Honda HR-V RS idaman korang untuk penjimatan minyak yang berganda, pemanduan lebih selesa dan menyeronokkan.

Untuk maklumat lanjut tentang promosi dan tawaran model Honda HR-V RS, layari laman web Honda. Hati-hati memandu!

The following two tabs change content below.