Nak nampak stylish tak semestinya kena ikut trend setiap masa. Kadang-kadang, cukup dengan pilih item atau brand lokal yang betul-betul kena dengan personaliti dan gaya harian korang.

Lebih menarik, banyak pilihan untuk melengkapkan gaya sebenarnya datang daripada jenama yang bukan saja menawarkan produk menarik, tetapi turut membawa identiti, cerita dan sentuhan budaya Malaysia tersendiri.

Jadi, jom kenali 10 Juara Gaya daripada jenama yang tersenarai dalam Shopee Juara Lokal, yang masing-masing tampil dengan gaya dan keunikan tersendiri.

1. Untuk yang suka gaya modest dengan sentuhan eksklusif – a.lyanaa

Bermula sebagai bisnes kecil-kecilan dari rumah, a.lyanaa berkembang dengan menghasilkan pakaian yang menggabungkan elemen modest fashion dengan rekaan yang lebih tersendiri.

Antara yang menarik perhatian ialah koleksi Kelawar Moden Cotton Silk, yang menampilkan corak eksklusif ciptaan sendiri. Pemilihan fabrik, corak dan jahitan pula menjadi antara perkara yang diberi perhatian bagi menghasilkan pakaian yang bukan saja selesa, tetapi mempunyai identiti tersendiri.

Untuk korang yang suka gaya modest tetapi masih mahu ada sentuhan unik dalam setiap outfit, a.lyanaa mungkin boleh masuk dalam list! 

2. Kalau kasut selesa memang wajib dalam wardrobe – Lyden.co

Kadang-kadang kasut yang paling kita sayang bukan sebab ikut trend, tetapi sebab memang selesa dipakai ke mana-mana.

Itulah antara perkara yang mendorong pengasas Lyden.co menghasilkan ballet flats sendiri selepas mahu mencari kasut untuk ibunya yang selesa, cantik dan berpatutan.

Daripada hanya menjual sekitar 10 pasang sebulan menerusi media sosial, Lyden.co mula berkembang selepas berada di Shopee, malah kini lebih 300,000 pasang telah terjual.

Dengan gabungan comfort, gaya dan harga yang lebih mudah dicapai, Lyden.co sesuai untuk korang yang percaya kasut selesa pun boleh nampak bergaya.

3. Gaya kaki yang selesa, tak perlu kompromi – My Ballerine

Setiap orang ada bentuk kaki yang berbeza, jadi kenapa pilihan kasut perlu sama untuk semua?

My Ballerine mengambil kira perkara tersebut dengan menawarkan pilihan seperti Wide Fit, Ultra Wide Fit dan FlexFit, yang dibangunkan berdasarkan keperluan serta maklum balas pelanggan.

Daripada hanya memikirkan rupa kasut, pendekatan ini menunjukkan bagaimana pemahaman terhadap keperluan pengguna boleh diterjemahkan kepada produk yang lebih dekat dengan kehidupan seharian.

Jadi, kalau korang jenis utamakan keselesaan tetapi tetap nak nampak kemas, My Ballerine boleh jadi pilihan.

4. Untuk yang suka kasut klasik dan boleh pakai lama – Dr Cardin

Ada kasut yang kita beli sebab nampak menarik, dan ada pula yang kita pilih sebab tahu boleh pakai untuk bertahun-tahun.

Dengan pengalaman lebih 35 tahun dalam industri footwear, Dr Cardin membina namanya dengan fokus kepada kualiti, keselesaan dan nilai.

Pengalaman yang panjang dalam pasaran tempatan juga menjadikan Dr Cardin antara contoh bagaimana jenama Malaysia boleh terus berkembang dengan memahami apa yang diperlukan pengguna.

Kalau korang suka gaya yang lebih klasik dan praktikal, pilihan footwear Dr Cardin boleh jadi antara yang patut dipertimbangkan.

5. Baju basic untuk pakaian harian –  OXWHITE

Tak semua outfit perlu penuh dengan statement pieces. Kadang-kadang, baju basic yang selesa dan mudah dipadankan itulah yang paling banyak digunakan.

OXWHITE bermula dengan idea untuk menghasilkan pakaian yang simple, selesa dan menawarkan nilai yang baik untuk pengguna. Kini, pilihan mereka turut merangkumi everyday basics, streetwear, activewear dan lifestyle essentials.

Untuk korang yang suka gaya minimal dan pakaian yang boleh dipakai berulang kali dengan pelbagai cara, OXWHITE memang mudah nak masuk dalam wardrobe.

6. Kalau hijab adalah signature korang, Tudung Kekaboo by Hana Hijabshoppe ni pilihan terbaik!

Bagi sesetengah orang, tudung bukan sekadar pelengkap outfit. Warna, material dan cara ia digayakan boleh terus mengubah keseluruhan look.

Hana Hijabshoppe pula melalui perjalanan daripada menjual pelbagai jenama hijab kepada memberi fokus kepada Kekaboo dan VanilaScarves, dengan penekanan terhadap produk asli dan kepercayaan pelanggan.

Jadi, untuk korang yang anggap hijab sebagai sebahagian daripada identiti gaya harian, bolehlah explore koleksi mereka.

7. Untuk yang suka gabungkan heritage dengan gaya moden – RimbunKL

Bila elemen budaya tempatan diberi nafas baharu, hasilnya boleh jadi sesuatu yang sangat dekat dengan generasi sekarang.

RimbunKL mengambil inspirasi daripada batik, kebaya serta flora dan fauna Malaysia untuk menghasilkan rekaan yang menggabungkan elemen tradisional dengan gaya kontemporari.

Pendekatan ini menjadikan pakaian bukan sekadar sesuatu untuk dipakai, tetapi turut membawa sedikit cerita tentang warisan dan identiti tempatan dalam gaya seharian.

Kalau korang suka fesyen yang ada sentuhan budaya Malaysia tetapi masih nampak moden, RimbunKL memang menarik untuk diterokai.

8. Bila jewellery bukan sekadar aksesori – Celovis

Ada aksesori yang kita pakai sebab cantik. Ada pula yang kita pilih sebab ada makna di sebaliknya.

Celovis diasaskan dengan modal hanya RM200 ketika pengasasnya masih belajar dan berkembang sebagai brand jewellery yang menjadikan setiap piece sebagai simbol kepada perkara seperti love, friendship, milestones dan personal strength.

Daripada satu hadiah kecil kepada sesuatu yang menjadi sebahagian daripada momen penting, jewellery Celovis membawa pendekatan yang lebih personal kepada pemakainya.

Sesuai untuk korang yang suka aksesori yang bukan saja melengkapkan look, tetapi turut mempunyai cerita sendiri.

9. Jewellery yang meraikan setiap momen –  Ozel Jewellery

Kalau bercakap tentang jewellery lokal, Ozel Jewellery pula membawa perjalanan yang sudah bermula lebih 25 tahun lalu di Rantau Panjang, Kelantan.

Berpengalaman menghasilkan 18K gold-plated crystal jewellery, jenama ini menawarkan pilihan yang boleh melengkapkan gaya harian atau dijadikan hadiah untuk seseorang yang istimewa.

Nak cari jewellery yang boleh menambah sedikit sentuhan elegan pada look atau dijadikan hadiah? Ozel Jewellery boleh masuk dalam senarai korang.

10. Sentuhan Sabah yang buat gaya lebih bermakna – Kita Shop Sabah

Keunikan produk lokal kadang-kadang terletak pada cerita dan kemahiran yang diwarisi daripada sesuatu komuniti.

Kita Shop Sabah bermula daripada perniagaan pearl keluarga dan turut bekerjasama dengan local harvesters serta community artisans. Hasilnya, setiap pilihan membawa sedikit sentuhan craftsmanship dan identiti Sabah.

Bagi korang yang suka aksesori dengan cerita di sebaliknya, Sabahan pearls boleh menjadi pilihan yang bukan saja cantik, tetapi turut membawa elemen budaya tempatan.

Dari gaya moden hingga warisan lokal, semua ada ceritanya

Daripada pakaian dan kasut hinggalah jewellery serta hasil kraftangan, jelas bahawa gaya lokal bukan sekadar tentang apa yang nampak cantik.

Di sebalik setiap jenama, ada perjalanan usahawan yang penuh dengan idea, cabaran dan usaha untuk membina sesuatu yang dekat dengan pengguna tempatan. 

Kisah-kisah inilah yang diraikan menerusi Shopee Juara Lokal 2026 sambil mengetengahkan keunikan produk dan identiti yang lahir daripada tangan anak tempatan.

Menariknya, korang boleh discover pelbagai Juara Lokal dalam kategori fashion, jewellery, craft dan handmade di Shopee tanpa perlu pergi jauh.

Jadi, kalau tengah cari sesuatu yang boleh melengkapkan gaya sambil menyokong brand lokal, bolehlah explore pilihan daripada Juara Gaya ini di Shopee Juara Lokal.

Dah jumpa yang kena dengan gaya korang? Jom support Juara Gaya dan check out pilihan korang di Shopee!