berita

Nam Tae-Hyun Dituduh Ambil Dadah, Pukul Kekasih?

August 23rd, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Viral di media sosial mengenai satu tuduhan berat yang dilemparkan terhadap penyanyi, Nam Tae-hyun apabila didakwa mengambil bahan terlarang selain melakukan serangan keganasan terhadap seorang wanita.

Ambil dadah?

Menerusi laporan Kosmo, wanita dimaksudkan adalah Seo Min-jae, peserta program Heart Signal 3 yang juga rakan kongsi Tae-hyun dalam pemilikan sebuah kelab di Itaewon. Min-jae dalam Instagramnya memuat naik rangkaian pendedahan mendakwa bekas anggota kumpulan Winner itu mengambil dadah jenis Philopon. Dia juga mendakwa Tae-hyun turut memukulnya.

Nam Tae-hyun ambil Philopon. Jarum yang digunakannya ada di dalam bilik saya ataupun di dalam kabinet pejabat saya. Dia juga memukul saya. Saya ada jarum yang dia gunakan. Nam Tae-hyun dan saya, si kaki dadah.Tengoklah di dalam kabinet pejabat saya.

Min Jae turut mengakui hubungannya dengan Tae-hyun ialah sebagai pasangan kekasih.

Sebelum ini, semuanya cinta.

Bagaimanapun, Min-jae kemudian tampil menarik balik semua tuduhan tersebut dengan mendakwa dia menulis hantaran tentang Tae-hyun ketika tidak rasional.

Kami bergaduh dan disebabkan stres, saya ambil dos berlebihan yang diberikan doktor psikiatri. Saya hilang kawalan dan muat naik perkara tak betul.

Sumber: Souththth

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×