berita

Nama ‘Dipetik’ Dalam Live Neelofa, Fazura Tidak Mahu Komen Apa-Apa – ‘Tiada Kena Mengena Dengan Saya’

August 13th, 2022 | by Iera Zahirah
Isu & Kontroversi

Pelakon dan penyanyi Nur Fazura membuat keputusan untuk tidak mengulas mengenai isu namanya dipetik oleh seorang individu dikenali sebagai Diana ketika sesi siaran langsung di TikTok oleh Neelofa baru-baru ini.

Artikel berkaitan : Neelofa Berang ‘Diana’ Kacau Video Live – ‘Tolong Block, Serabut Betul Komen Dia’

Tak perlu beri komen

Tegas pelakon berusia 39 tahun ini, dia tidak perlu memberi komen terhadap isu berkenaan kerana tiada kena mengena langsung dengan dirinya.

Saya ada dengar jugak pasal isu itu. Saya rasa ini tiada kena mengena dengan saya, Diana ke apa nama tu. Soalan ini tidak seharusnya diajukan kepada saya. Apa yang berlaku di luar sana saya tidak tahu menahu.

Ujarnya lagi, lebih baik dia memberi tumpuan dengan apa yang dilakukan olehnya sekarang daripada menjawab soalan mengenai perkara yang tidak tahu.

Daripada komen perkara yang saya tidak tahu, lebih baik saya fokus pada apa yang saya lakukan sekarang.

Terdahulu, Neelofa menzahirkan rasa kurang senang terhadap komen seorang netizen ketika sedang bersiaran langsung di TikTok. Pengguna bernama Diana itu telah meninggalkan beberapa komen berbaur perlian dengan mengatakan betapa bagusnya jika Fazura juga mengeluarkan produk inai.

Sumber : Harian Metro

SKIP THIS AD ×