berita

‘Nampak Api Oren Terus Mai Sambaq Baju Dengan Skirt..’

November 11th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Malang tidak berbau! Seorang wanita yang juga bergelar seorang ibu telah berhadapan dengan detik cemas apabila tong gas yang digunakan untuk memasak di dapur telah bocor sehingga menyebabkan berlakunya kebakaran kecil. Selain mengalami kecederaan di kaki, pakaian wanita ini juga turut disambar api disebabkan insiden cemas itu.

Pakaian disambar api

Baru harini ada kesempatan dan kekuatan nak cerita apa yg jadi dekat Norma hari Ahad baru-baru ni. Ambiklaa cerita ni sebagai 1 pengajaran naa. Gambaq baju dengan skirt tu adalah gambaq Norma terlibat dengan kebakaran. Yaaa Norma terbakaq naaa kawan-kawan. Alhamdulillah semua selamat. Cuma kaki jaa kena api sikit. Tapi dah p klinik ambik ubat krim dah. No worry. Dan bulu mata dengan kening pun turut terbakaq so muka Norma a bit funny sekarang sebab kening dengan bulu mata xdak. Ini telah menyebabkan kecederaan mental. Hilang keyakinan sekejap.

Cerita dia, Norma nak masak spagetti konon buat bekai makan tengah hari. Dekat rumah ni tempat masak memang ada kabinet sendiri. So tong gas dengan beras ada dalam kabinet tertutup tu. Tak pernah terpikiaq yang kalau tong gas dalam kabinet tertutup boleh sebabkan hal macam ni. Macam biasa sebelom mulakan masak. Check gas dulu kot-kot ada bunyi atau bocoq. Alhamdulillah tak dak. So Norma pun mula masak dengan semangat. Tengah masak tu teringat ‘eh, nasi xmasak lagi!’ So, masa tunduk nk ambik beras tu (ofkoz laa kena bukak pintu almari tu kan) masa tu laa api sambaq Norma. Masih jelas dalam ingatan nampak api oren terus mai sambaq baju dengan skirt. Allahu!!

Menerusi perkongsian Norma Samarudin di Facebook, wanita ini memaklumkan dia mengalami kecederaan ringan pada bahagian kaki disebabkan kebakaran yang dialami. Bukan itu sahaja, kening dan bulu matanya juga turut terbakar. Menceritakan kisah itu, dia memaklumkan berhadapan dengan detik cemas apabila tong gas yang diletakkan dalam kabinet dapur tiba-tiba telah menyambarkan api ketika dia sedang tunduk untuk mengambil beras di dalam kabinet tersebut.

Lari ke bilik air

Teruih lari masuk bilik ayaq. Then p bukak tingkap dapoq bagi luas. Bukak pintu. Baru tutup api cabut kepala tong gas. Mengeletaq kaki tangan. Dok rasa panas kat kaki. Pastu bau terbakaq. Dok pikiaq kata tong gas nak meletup dah. Nasib baik laa masa kejadian tu, Harraz dengan Aaira tengah tengok tv dekat ruang tamu. Selalunya hari-hari Aaira laa yang selalu p main dekat tmpat beras tu. Hobi dia. Ambik beras lambung buat macam hujan. Mungkin gas tu ada bocoq tapi xdak bau sebab dia dekat tempat tertutup. So bila bukak ja kabinet, api dekat dapoq tu ‘trigger’ laa dengan gas yang baru kluaq dari kabinet tu.

Selepas kejadian itu, dia terus berlari masuk ke bilik air untuk memadamkan api pada badannya. Dia kemudian kembali semula ke dapur untuk membuka tingkap dan pintu bagi memastikan pengudaraan berjalan dengan baik sebelum membuka kepala gas. Difahamkan, kejadian tersebut berlaku disebabkan kebocoran yang berlaku pada gas berkenaan.

Sumber: Norma Samarudin

SKIP THIS AD ×