Nama pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia iaitu Rizky Billar dan Lesti Kejora menjadi bualan hangat netizen di media sosial yang mendakwa wanita itu hamil sebelum bernikah.
Dah nikah awal tahun ini
Menerusi laporan tempatan, kontroversi mengenai Lesti Kejora mula tercetus selepas ada segelintir individu mendakwa Lestari sedang berbadan dua ketika majlis perkahwinannya bersama Rizky Billar yang berlangsung pada Ogos lalu. Hal ini berikutan dengan keadaan perut penyanyi terkenal itu kelihatan agak buncit seperti ‘baby bump’. Walau bagaimanapun, Rizky Billar telah tampil menepis segala dakwaan negatif tersebut dan mempertahankan maruah isterinya.
Meskipun begitu, netizen seakan tidak berpuas hati dan masih melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Lesti. Tidak tahan dengan tuduhan serta makian yang berpanjangan, Rizky Billar akhirnya membuka mulut mengenai isu tersebut. Pengumuman rasmi itu ditayangkan secara eksklusif di ‘The Secret Of Leslar‘.
Lesti hamil anak pertama
Rizky mengakui bahawa dia dan Lesti telah menikah secara senyap-senyap pada awal tahun ini sebelum melangsungkan majlis perkahwinan. Jelasnya lagi, majlis akad nikah itu diadakan secara sederhana di kediaman keluarga Lesti yang turut dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.
Dalam kesempatan itu juga, pasangan merpati dua sejoli ini mengumumkan berita gembira bahawa mereka bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi. Difahamkan, kandungan Lesti kini berusia tiga bulan.
Saya ingin mengumumkan, alhamdulillah saat ini kami sedang diberikan amanah Allah untuk menjaga, mendidik dan membesarkan nanti. Singkatnya dede sedang mengandung.
Sementara itu, bapa Rizky iaitu Daniel Eddy memohon maaf kerana menyembunyikan daripada orang ramai mengenai berita pernikahan dan kehamilan Lesti.
Penjelasan
@nuramadhan_??? #lestikejora #takdircintaleslar #rizkybillar #pernikahanleslar #secretofleslar? Takdir Cinta – Lesti & Rizky BIllar