berita

‘Nampak Elok Ja Boleh Gelek ..’ – Netizen Tak Percaya Kena Sihir, Ini Respon Isteri Caprice

June 4th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Baru-baru ini, penyanyi Caprice mendedahkan isterinya, Farra Inalis Hussni terkena sihir sejak mereka berkahwin.

Menerusi perkongsian itu, Caprice berkata mereka sudah mencuba pelbagai kaedah rawatan termasuk secara alternatif namun Farra masih belum menunjukkan tanda positif.

Artikel Berkaitan: Caprice Bagi Bayangan Isteri Kena Sihir, Netizen Titip Kata Semangat – ‘Kehidupan Peribadi Patut Kekal Privasi’

Elok bergelek sakan

@elis620 Reply to @nur_medina12 ? original sound – Farra InaLis?

Namun, tindakan Farra yang berjoget sakan di TikTok menimbulkan rasa sangsi dalam kalangan netizen sama ada dia benar-benar disihir.

Betul ke sis kena sihir, Caprice cakap, tapi nampak elok ja boleh gelek-gelek?

Tampil menjelaskan situasi sebenar, usahawan berumur 27 tahun ini berkata dia lebih memilih untuk tidak menunjukkan kepada umum keadaan dia yang lesu gara-gara hilang selera makan. Bagi Farra, perkara itu bukan sesuatu yang positif untuk dikongsikan.

Pertama sekali, sejak akhir-akhir ni saya banyak terima DM daripada korang dan saya baca semua. Ada yang mendoakan, ada juga menceritakan tentang sihir.

Tapi ada juga netizen yang mula judge saya sebab ‘oh sebab kau tak pakai tudung la kau kena kacau dengan makhluk halus’.

Ada juga beritahu dekat IG suami kena sihir, tapi dekat TikTok berjoget-joget pula. Eh abang kakak, what do you expect? Awak nak saya tunjuk muka tengah lesu?

Nak saya bercerita yang saya tak lalu makan apa? Saya tak suka bagi benda negatif pada pengikut saya. Jadi kalau tak ada benda positif, saya diam.

Berbalah dengan Caprice

Dalam pada itu, Farra menyatakan dia tidak bersetuju dengan tindakan suaminya yang berkongsi perihal sihir kepada orang ramai kerana dia lebih suka memendam sendiri.

Kalau nak tahu, secara peribadi saya dan suami sangat berbeza. Sebab apa, saya lebih suka simpan sendiri kalau Ariz pula suka bercerita dengan netizen.

Dia suka ambil input daripada netizen-netizen macam kongsi pengalaman… dia suka ambil tahu benda itu. Sebenarnya kami ada berbalahan juga mengenai sihir ini.

Saya tak nak orang tahu… tak perlu la beritahu semua orang sebab orang tak suka kita itu akan tepuk tangan bila tahu benda itu. Tapi Ariz cakap biarlah, kita ada Allah, kita percaya dengan Allah.

Sekadar info, Caprice berkahwin dengan Farra Inalis atau disapa Elis yang berasal dari Kelantan pertengahan November tahun lalu secara senyap-senyap tanpa sebarang hebahan media.

Elis merupakan ibu tunggal yang mempunyai seorang anak perempuan, Aleesya Sofia.

Sumber: TikTok @Farra InaLis

SKIP THIS AD ×