berita

‘Nampak Macam Baby Bump’ – Selepas Keguguran Jun Lalu, Fasha Sandha Hamil Lagi?

August 23rd, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Umum mengetahui, pelakon cantik, Fasha Sandha baru sahaja mengalami keguguran pada Jun yang lalu selepas dua bulan mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Aidil Aziz. Bagaimanapun, usia kandungan itu hanya bertahan selama enam minggu dan kandungannya tidak dapat diselamatkan. Berita sedih itu disampaikan oleh Fasha melalui satu posting di instagramnya.

Namun, gambar terbaharu yang dimuat naik Fasha di instagramnya menimbulkan banyak persoalan dan andaian dari peminat.

Nampak macam baby bump

https://www.instagram.com/p/B1c7eXLFacC/?igshid=hjhslk3igf7h

Gambar yang dimuat naik Fasha ini telah mengejutkan peminatnya kerana bahagian perut pelakon cantik itu kelihatan seperti baby bump.

Posisi Fasha yang sedang duduk itu menampakkan lagi bahagian perutnya yang seakan sedang berbadan dua.

Reaksi peminat

Rata-rata peminat meninggalkan komen dengan membuat andaian Fasha sedang berbadan dua dan ada yang telah mengucapkan tahniah atas kehamilan tersebut.

Namun, Fasha tidak memberi respond pada mana-mana komen dan membiarkan andaian tersebut sebagai tanda tanya.

Sumber: Fasha Sandha

SKIP THIS AD ×