Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq pernah dilabel sebagai ‘anak kucing’ dan ‘setahun jagung’ oleh Datuk Seri Hishammuddin dek kerana tidak tahu isu semasa di kawasan Muar. Datuk Seri Hishammuddin mengeluarkan kenyataan itu di Program Jalinan Kasih pada April lalu.
Terbaru, Syed Saddiq memuatnaik sebuah video di InstaStory yang menyaksikan Datuk Seri Hishammuddin sedang angkat sumpah di dalam Parlimen, tadi. Kapsyen yang disertakan itu mengambarkan Menteri Belia dan Sukan seolah masih tidak berpuas hati dengan gelaran yang diberikan kepadanya sebelum pilihan raya yang lalu.
Dia pernah panggil saya ‘anak kucing’
Video berdurasi 8 saat ini dimuatnaik YB Syed Saddiq menerusi InstaStory semasa majlis angkat sumpah berlangsung dalam Dewan Rakyat tadi. Posting ini juga diletakkan sekali nama Instagram milik Datuk Seri Hishammuddin.
Yang lepas biarlah berlalu
Macam budak tak matang
Macam sindir untuk tontonan umum
Tak berniat nak memalukan pun
YB Syed Saddiq menjawab kecaman netizen yang menganggap dirinya seperti budak tidak matang dan dilihat untuk membalas dendam terhadap Datuk Seri Hishammuddin.
Sumber: Syed Saddiq