Sekarang ni dah banyak sangat kafe hipster sampaikan nak pilih tempat lepak kat mana pun jadi pening.. Lepas tu nak lepak kafe hipster minum sahaja pun dah cecah RM15. Botak kepala abam macam tu huhu..
Haa.. kali ni kami nak kongsi dengan anda satu gerai yang nampak buruk tapi sebenarnya makanan kat sana memang level kafe hipster. Korang tengok la sendiri gambar-gambar yang kami share ni.
Kedai nampak usang tapi..
Nampak macam kedai lama yang jual makanan kampung kan? Haa korang tengok makanan yang dijual kat gerai ni. Tergamam kami!
Tapi food gempak beb!
Macam mana? Terliur tak tengok makanan-makanan yang kongsikan ni? Betul la orang putih kata ‘Don’t judge book by its cover..’
Kalau korang nak tahu makanan apa lagi yang ada kat sana, tengok info kat bawah ni;
Hangpa ada port lepak?? Kalau tak ada jom teman check lepak di PotLepak yang lokasinya berhampiran area nak ke Padang Besar. Gerai simple tapi makanan TipTop bak hang..heee Konsep kedai makan depa ini Kukus, Grill and Celup. (Dah macam iklan Panasonic pulok, Kukus , Grill & Panggang. Heee ) Antara pilihan sos yang ada disini seperti Bbq Sos, Blackpepper Sos, Cheezy Sos & Mushroom Sos. Burger HIPSTER adalah menu yang cukup PADU yang wajib anda cuba disini..!!! Heee
Alamat: Kampung Titi Kerbau, Mukim Sungai Laka, 06010 Changlun, Kedah
Masa Operasi: 4.00ptg – 11.00mlm (Sabtu Cuti)
No Tel: 011-14382308
Sumber: Facebook PotLepak