berita

Nampak Macam Gudang Biasa, Rupanya Ini Port Lepak & Makan Paling Syok Di Lembah Klang!

August 9th, 2019 | by Asyraf Khalib
Sponsored Post

Malaysia memang terkenal dengan pelbagai pilihan makanan yang sedap-sedap. Bermula daripada hidangan makanan tempatan sehinggalah ke menu makanan barat, semuanya tak mengecewakan.

Hujung minggu lalu, admin sempat meluangkan masa berkunjung ke salah satu tempat makan yang best di Petaling Jaya iaitu Tiffin Food Court. Admin dapat tahu dekat sini ada banyak pilihan makanan best dan paling penting gerai dessert terbaik pun ada!

Lokasi yang terletak dalam sebuah premis gudang di belakang Gasket Alley ini pasti buat pengunjung terlebih excited. Yelah, siapa sangka disebalik gudang tersebut rupanya tersembunyi syurga makanan terbaik di Lembah Klang.

TIFFIN FOOD COURT
25 Julai 2019 – 1 September 2019
Jalan 13/6, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor
Setiap Khamis – Ahad
5.00 petang – lewat malam

Dekat pintu masuk pun dah terliur!

Sampai je admin dekat pintu masuk Tiffin Food Court, bau wangi dan manis dessert tu dah mula menusuk ke hidung. Memang betul-betul welcoming tau. Mana taknya, awal-awal lagi depan mata admin dah terbentang jelas signboard Dessert Funhouse daripada U Mobile.

Tengok dekorasi gerai pun admin dah lapar, apatah lagi kalau dapat makan dessert yang dijual dekat situ. Memang terbaik weh!

Tapi, admin difahamkan vendors yang ada dekat sini akan bertukar-tukar setiap minggu. So, memang korang takkan jemu kalau datang setiap minggu pun sebab gerainya berbeza-beza. Haaa… kalau korang berkunjung ke Tiffin pada minggu ketiga nanti, di Dessert Funhouse ada vendor daripada Seniman Kakao & Whimsical Gelato tau. Yummeh!

Selain hidangan manisan di Dessert Funhouse U Mobile, korang jugak boleh enjoy macam-macam lagi makanan best di beberapa vendor lain yang berbeza setiap minggu. Korang boleh check di sini okay.

Dessert Funhouse memang seronok

Part paling seronok dekat sini, bila korang berbelanja RM25 dan ke atas di Dessert Funhouse, korang akan dapat satu U Mobile token dan make sure korang tak lupa untuk main claw machine yang disediakan di Dessert Funhouse tu.

Korang berpeluang menang macam-macam hadiah misteri tau. Admin bertuah wei sebab sekali main je terus dapat baucar daripada claw machine tu! Wuhuu… dapat beli makanan lagi dan lagi.

Memang insta-worthy

Jujur cakap, sepanjang admin berada di Tiffin Food Court, admin sebenarnya banyak habiskan masa untuk makan dan bergambar je sebab dekat sini memang insta-worthy beb.

Dan macam admin cakap tadi, port wajib untuk bergambar ialah di Dessert Funhouse lah sebab dekat sini korang akan rasa seolah-olah berada dekat dunia lain. Ala macam fairy-tale punya ladang manisan gitu.

Dekat sini korang boleh bergambar dengan buaian ais krim dan ada jugak sprinkle pool yang diisi dengan ratusan bola bewarna-warni. Haish… pendek kata memang betul-betul fun house lah!

Semuanya cashless!

Apa yang menarik lagi tentang Tiffin Food Court, semua transaksi di sini adalah cashless. So, memang korang senang sangat nak berbelanja. Paling penting tak perlu risau soal duit tak cukup sebab terlebih beli makanan dekat sana nanti. Hehe. Enjoy habis!

#UnlimitedPotential bersama U Mobile

Apa pun kalau korang berkunjung ke Tiffin Food Court, pastikan Dessert Funhouse ada dalam list vendor yang wajib korang singgah sebab dessert dan aktiviti dekat sini memang onz weh. Paling penting, U Mobile sudah pasti akan terus membawa lebih banyak pengalaman menarik tanpa had kepada pengguna.

Korang lihatlah sendiri kelainan yang ditampilkan oleh U Mobile di Tiffin Food Court ni, memang awesome weh! Jom ke Dessert Funhouse di Tiffin Food Court sebelum terlambat.

SKIP THIS AD ×